Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penerbit Resident Evil Mahukan Filem Reboot Lebih Aksi

Penerbit filem Resident Evil mahukan filem reboot yang penuh dengan aksi berbanding filem-filem terdahulu. Setakat ini, siri Resident Evil yang diarahkan dan ditulis oleh Paul W.S. Anderson adalah satu-satunya filem adaptasi permainan video yang paling berjaya pernah dihasilkan, dan sudah tentu studio Constantin Film mahu meneruskan kejayaan mereka.

Filem Resident Evil: The Final Chapters merupakan filem terakhir dalam trilogi Resident Evil dan ianya ditayangkan pada awal tahun ini, bagaimanapun beberapa bulan selepas itu, pihak studio mengumumkan mereka akan menghasilkan semula filem zombi berkenaan dengan mengambil James Wan sebagai penerbit dan Greg Russo dipertanggungjawabkan untuk menulis filem reboot itu,

James Wan bukanlah nama asing lagi dalam penghasilan filem-filem seram. Antara filem-filem seram yang sukses adalah seperti Saw, siri Conjuring dan Insidious serta beberapa filem pendek. Dengan pemilihanya sebagai penerbit filem reboot itu, peminat berharap filem baru akan lebih menyeramkan berbanding filem asal.

Selain itu, penerbit untuk siri anime dan permainan video Resident Evil, Hiroyuki Kobayashi berkata kepada laman web Collider, walaupun siri reboot ini masih dalam perancangan, dia mahukan filem baru nanti kekal kepada aksi.

“I personally like Paul W.S. Anderson’s [direction] on the live-action [films]. Stuff like that, I would like to see more action.” – Hiroyuki Kobayashi

Siri Resident Evil walaupun tidak mendapat kritikan yang baik dari pemerhati filem, ia dianggap berjaya dari segi perniagaan apabilan franchise filem berkenaan telah mengutip lebih dari $1 Billion. Bagaimanapun ia masih tidak mampu memecahkan sumpahan terhadap filem-filem adaptasi permainan video yang sentiasa mendapat kritikan teruk baik dari pengkritik filem mahupun penonton.

Diharap dengan penghasilan semula filem Resident Evil ini ia dapat memberikan sinar baru kepada genre filem dari permainan video dan juga memenuhi harapan penonton yang mahukan filem ini lebih aksi dan menakutkan, sama seperti yang ditunjukkan dalam permainan video.

*Filem animasi Residen Evil: Vendetta sedang ditayangkan di GSC Mid Valley

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment