Penerbit filem antihero akan datang, Venom mendedahkan beliau gembira Tom Hardy terlibat dalam pembikinan filem spin-off Spider-Man itu. Malah penerbit itu juga, Matthew Tolmach memuji prestasi lakonan Tom Hardy semasa ditemubual oleh MTV News baru-baru ini.
“You know, Tom… it’s like a masterclass watching him act every day and he’s such a risk taker and he loved this character. From the day that we first met with him, my partner Avi Arad and I… we found someone who just believed in this character entirely and yet every day pushes it to a place that us mere mortals would never expect it to go.”
Tom Hardy yang membawakan watak Eddie Brock aka Venom kini sedang dalam proses penggambaran filem Venom bersama-sama beberapa pelakon lain seperti Riz Ahmed, Michelle Williams, dan ramai lagi.
Filem Spin-off Spider-man ini diarahkan oleh Ruben Fleischer dan akan mengisahkan ‘split personaliti’ yang dialami oleh Eddie Brock selepas menjadi Venom dan perlu berhadapan dengan penjahat Life Foundation yang diketuai oleh Doctor Carlton Drake lakonan Riz Ahmed
Venom akan menemui penonton pada 5 Oktober 2018