Berita

Penerbit Enggan Turuti Syarat LPF, “Abominable” Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia

Views
Sumber gambar: www.sagisag.com

Filem animasi Abominable terbitan DreamWorks tidak akan ditayangkan di Malaysia selepas penerbitnya enggan menurut syarat Lembaga Penapisan Filem  (LPF) memotong babak kontroversi yang memaparkan sempadan China di Laut China Selatan.

Dalam filem tersebut, garisan berbentuk U telah digunakan pada peta Cina untuk menggambarkan tuntutan wilayahnya terhadap ekspansi luas Laut China Selatan yang kaya sumber, termasuk kawasan yang dituntut oleh negara lain.

Babak peta kontroversi itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di beberapa negara ASEAN. Abominable telahpun diharamkan oleh kerajaan Vietnam, manakala Filipina yang tidak mengamalkan undang-undang tapisan dan pengharaman filem, tidak menghalang tayangan filem Abominable di negara mereka, tetapi pihak kerajaan menyarankan kepada rakyat agar memboikot filem tersebut.

Pada minggu lalu, LPF telah memberi lampu hijau untuk tayangan filem Abominable di Malaysia dengan syarat babak kontroversi dibuang terlebih dahulu.

“Universal has decided not to make the censor cut required by the Malaysian censor board and as such will not be able to release the film in Malaysia,”

Filem arahan Jill Culton ini mengisahkan tentang sekumpulan pemuda merentasi 3000 batu dari Shanghai ke pergunungan ais Himalaya di mana mereka kemudian telah bertembung dengan Yeti yang masih muda. Mereka yang berasa kasihan dengannya telah mengambil keputusan untuk menyatukan kembali makhluk ajaib ini dengan keluarganya di gunung Everest.

BACA:  Mamat Khalid Buat Kajian Selama 18 Tahun Untuk Filem Terbaru

Abominable sepatutnya ditayangkan di Malaysia pada 7 November ini.

shares