Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Penerbit Dedah Perancangan Musim 2 ‘Extraordinary Attorney Woo’


Penerbit Extraordinary Attorney Woo telah mengesahkan laporan media mengenai perancangan musim kedua drama popular itu. 

Baru-baru ini, JTBC News melaporkan bahawa, “Penulis Extraordinary Attorney Woo, Moon Ji Won, telah menandatangani kontrak dengan syarikat produksi ASTORY, untuk menulis musim kedua drama hit itu.”

Penerbit kemudiannya menjawab laporan media itu, dan mengesahkan bahawa Musim 2 Extraordinary Attorney Woo telah dirancang.

“Kami menandatangani kontrak dengan Moon Ji Won tahun lepas untuk dia menulis ‘Extraordinary Attorney Woo 2.'” dalam satu kenyataan yang dikeluarkan ASTORY.

Bagaimanapun, syarikat produksi mendedahkan bahawa disebabkan komitmen, Moon Ji Won tidak akan dapat menulis skrip dalam masa terdekat.


Pada masa ini, penulis itu sedang bersedia untuk membuat debut pengarahan menerusi filem sulungnya bertajuk Deaf Boys, yang dijadualkan penggambaran pada 2024.

“Oleh kerana Moon Ji Won kini sibuk dengan persiapan untuk filemnya, dia tidak akan dapat menulis skrip dengan segera,” jelas ASTORY.

“Kami fikir dia akan dapat mula menyediakan skrip dengan bersungguh-sungguh selepas dia menyelesaikan filemnya pada awal tahun depan.”

Mengenai jadual pengeluaran Musim 2, ASTORY menyatakan, “Oleh kerana kami kini berada di peringkat pembangunan dalaman, tiada apa yang telah diputuskan.”

Apabila ditanya mengenai kepulangan pelakon utama Park Eun Bin dan Kang Tae Oh, yang kini sedang berkhidmat dalam tentera, syarikat itu menjawab, “Pencarian pelakon utama, termasuk Park Eun Bin dan Kang Tae Oh, juga belum diputuskan lagi.”

Awal tahun ini, bintang Extraordinary Attorney Woo Park Eun Bin memenangi Grand Prize di Anugerah Seni Baeksang untuk persembahannya dalam drama, manakala pengarah Yoo In Shik memenangi Pengarah Terbaik.

Sumber: Soompi


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee