Berita

Penerbit Bohemian Rhapsody Bakal Terbitkan Filem Biopik Michael Jackson

Views

Penerbit filem Bohemian Rhapsody, Graham King dilaporkan telah memeterai perjanjian untuk terbitkan filem biopik bekas raja pop terkenal, mending Michael Jackson. Menurut laporan dari Variety, King telah berjaya mendapatkan hak dari pewaris harta untuk hasilkan filem mengenai Michael Jackson berserta lagu-lagunya.

King juga akan bekerjasama dengan penulis lakon layar filem The Aviator dan Gladiator, John Logan bagi projek tersebut.

Setakat ini filem tersebut masih belum menamakan studio atau pengedarnya.

Filem tersebut dikatakan tidak akan memberi gambaran mengenai kehidupan Michael Jackson yang pernah dituduh melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak seperti paparan dalam dokumentari kontroversi, Leaving Neverland.

Jackson meninggal dunia pada 2009 dan pernah berkali-kali menafikan tuduhan penderaan seksual terhadap kanak-kanak. Walaupun disebalik kontroversi yang melanda Raja Pop itu, legasinya terus kekal membawa perubahan besar dalam industri muzik dunia.

Sumber: Astro Awani.

Tinggalkan Balasan

shares