Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Penerangan “Post Credit” Filem Pirates of the Caribbean 5

Rasanya mesti ramai peminat filem tidak menunggu sehingga ke babak Post Credit filem Pirates of the Caribbean 5 Salazar’s Revenge. Samada tidak tahu bahawa filem tersebut mempunyai Post Credit ataupun malas untuk menunggu lama.

Bagi yang tidak menunggu sehingga post credit scene, babak tersebut menunjukkan seorang lelaki misteri, yang memiliki tangan dan rupanya yang cukup familiar bagi peminat filem Pirates of the Caribbean sedang menghampiri Will Turner dan Elizabeth yang sedang tidur diatas katil mereka.

Will sempat memandang lelaki misteri tersebut sebelum dia terjaga dan mendapati dia sedang mengalami mimpi buruk. Kemudian, kamera menunjukkan bahagian lantai yang basah dan terdapat beberapa batu karang sebelum babak tersebut tamat. Lelaki misteri yang muncul dalam babak tersebut tidak lain tidak bukan adalah Davy Jones, villain dalam siri filem Dead Man’s Chest dan At World’s End. 

Adakah ini bermakna, Davy Jones akan kembali? Bagaimana Davy Jones kembali hidup sedangkan dia sudah mati?

Persoalan bukan? buat masa ini tiada perancangan untuk filem keenam franchise Pirates of the Caribbean dari penerbit Jerry Bruckheimer.

Tetapi ini bukan kali pertama watak yang sudah mati dikembali dalam filem akan datang. Hector Barbossa, penjahat dalam filem Curse of the Black Pearl kembali dari alam mati dan menjadi sekutu Jack Sparrow dalam filem Dead Man’s Chest, jadi tidak mustahil untuk melihat Davy Jones kembali dalam filem akan datang, sebagai musuh ataupun sekutu.

Bagaimana Davy Jones dihidupkan?

Dalam filem Salazar’s Revenge, misi Henry Turner adalah untuk mencari Trident of Poseidon dengan harapan dapat menghapuskan sumpahan yang dikenakan kepada bapanya, Will Turner agar Will tidak terus menjadi kapten Flying Dutchman.

Kemudian, selepas Trident of Poseidon dimusnahkan, ia bukan sahaja menghapuskan sumpahan yang dikenakan pada Will Turner, tetapi seluruh sumpahan yang terdapat pada lautan termasuklah sumpahan yang dikenakan pada Davy Jones. Walaupun Davy Jones sudah mati, tetapi dia mati dalam keadaan masih terdapat sumpahan dikenakan pada dirinya, jadi apabila Trident of Poseidon dimusnahkan, Davy Jones secara tidak langsung dihidupkan kembali.

Bagaimanapun, ini mungkin sekadar teori kerana kebiasaanya, post-credit filem Pirates of the Caribbean jarang memberi hint untuk filem akan datang. Kita terpaksa menunggu sehingga pembikinan filem ke-6 Pirates of the Caribbean untuk mengentahui samada Davy Jones akan kembali ataupun tidak.

Related posts

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

4 Sebab Untuk Menonton Lakonan Hebat Han So-hee Dalam “My Name”

Zulaikha

Kisah Pemberontakan Kapal Perang Soviet Storozhevoy Yang Menjadi Inspirasi Kepada Novel “The Hunt for Red October”

Kakimuvee

Squid Game Is a Fresh Take on The Survival Genre. We’ll Tell You Why!

Zulaikha

Kenali Klasifikasi Rating Filem & Kenapa Ibu Bapa Perlu Peka

Kakimuvee

Leave a Comment