Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Penerangan Ending Filem Logan

Amaran!! Artikel ini mengandungi major spoiler bagi yang belum menonton filem Logan

“One last time” quote yang dikeluarkan dari mulut Hugh Jackman yang mengambarkan dirinya bakal membawa watak Wolverine buat kali terakhir semasa diawal pembikinan filem Logan dan apa yang telah menjadi kenyataan apabila watak antihero paling diminati ramai, Wolverine aka Logan ditamatkan dalam babak yang penuh dramatis dan sedih.

Sejak mula diperkenal pada tahun 2000, Wolverine telah menjadi watak utama dalam beberapa filem X-Men dan mula diminati ramai peminat filem berkenaan. Namun selepas hampir 17 tahun berjuang bersama-sama X-Men, akhirnya riwayat Logan ditamatkan dalam filem Logan. Ironinya, dia dibunuh oleh klonnya sendiri X-24 yang mirip sepertinya tetapi berbeza dari segi perwatakan dan tidak mempunyai perasaan.

Dipermulaan filem Logan, Wolverine dikatakan mahu membunuh dirinya kerana tidak sanggup untuk meneruskan hidup kerana dihantui kisah silam. Andamantium yang meracuni dirinya adalah punca dia kehilangan abiliti, tetapi musuh terbesarnya adalah masa lampaunya yang membuatkan diri semakin lemah dan menjadi individu yang loser.

Logan & Profesor X

Diawal siri filem X-Men, Profesor X tahu potensi Logan dan pernah menyatakan bahawa Logan suatu hari nanti akan memimpin mutant. Logan banyak kali menunjukkan karakter leader nya dalam beberapa filem, dan filem Logan telah menyerlahkan lagi karakter tersebut apabila berjaya menjadi penyelamat saki baki mutant dari dihapuskan oleh umat manusia.

Walaupun lemah, Logan sanggup mengambil risiko dan mengorbankan dirinya semata-mata mahu melihat kanak-kanak tersebut selamat dan dia juga tahu, nasib bangsa mutant terletak ditangannya. Dia perlu lakukan sesuatu dan mengenepikan kesakitan yang ada pada dalam dirinya. Akhirnya, dia berjaya melakukannya tetapi disudahi dengan babak yang begitu menyedihkan, mati ditangan klonnya sendiri.

Adakah parut ini berkait rapat dengan kisah lampaunya?

Moment paling menyedihkan dan bermakna dalam filem Logan semasa Laura mencabut penanda kubur Logan dan memusingkannya menjadi bentuk X. Tindakan Laura itu sangat simbolik menandakan Logan adalah X-Men terakhir yang mati dan X-Men terakhir yang berjaya menyelesaikan tugasnya memastikan legasi Mutant terus wujud dimuka bumi.

Dengan kejayaan Logan dalam menyelesaikan misi telah menyelamatkan generasi baru mutant dan kita berpeluang melihat generasi baru ini dalam filem X-Men seterusnya, iaitu selepas era Profesor X dan Logan.

Filem Logan ini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tanah air.

Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

Leave a Comment