Penerangan Ending dan Post Credit Filem Guardians Of The Galaxy Vol. 2

0
620
views

Filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 kali ini menampilkan post credit scene paling banyak dalam sejarah filem-filem Marvel. Sebanyak lima Post Credit telah ditunjukkan dalam filem berkenaan, dan beberapa scene tersebut memaparkan klu penting untuk filem Guardians of the Galaxy akan datang. Mesti ramai tertanya-tanya bukan apa yang cuba disampaikan oleh James Gunn dalam post-credit yang ditunjukan dalam filem arahannya itu. Ok, disini kami akan bincangkan beberapa elemen penting dibabak-babak terakhir filem Guardians of the Galaxy dan post-credit yang ditunjukkan dalam filem ini.

*Amaran, artikel ini mengandungi major spoiler untuk filem Guardians of the Galaxy Vol.2. Bagi yang tidak menonton filem tersebut anda dinasihatkan untuk tidak membaca artikel ini selepas amaran ini*

Peter Quill aka Star-Lord

Peter Quill aka Star-Lord menjadi manusia biasa.

Sebelum Guardians of the Galaxy yang dibantu oleh Nebula dan Yondu menewaskan Ego of the Living Planet (yang merupakan bapa kandung kepada Peter Quill). Ego sempat memberi amaran kepada Peter Quill agar tidak memusnahkan dia kerana Peter mungkin akan terut terkesan akibat memusnahkan Planet Ego.

Bagi yang pernah menonton filem pertama, Peter Quill mempunyai DNA yang berbeza dari DNA yang dimiliki oleh manusia biasa, malah Ayesha juga mengesan kejangalan yang terdapat dalam diri Peter Quill. Selepas menemui Ego, barulah Peter Quill mengentahui yang dirinya adalah separuh manusia dan separuh makhluk angkasa lepas yang cukup berkuasa.

Ego merupakan makhluk "Celestial" yang telah lama hidup diangkasa lepas. Dia menjelmakan dirinya sebagai manusia dan menjalinkan hubungan dengan kesemua makhluk hidup yang dijumpainya dengan tujuan untuk mendapatkan anak yang akan mempunyai kuasa sama sepertinya dan seterusnya menguasai alam semesta. Peter dan Guardians yang mengentahui niat jahat Ego telah berjaya membunuhnya dengan meletupkan planet tersebut. Namun, Peter Quill kehilangan kuasa yang dimiliki olehnya kerana sumbernya telah dimusnahkan iaitu Planet Ego. Kini dan dalam filem-filem akan datang, Peter Quill hanyalah manusia biasa yang bergantung kepada gadjet dan kebijakkan akalnya untuk menjadi superhero.

Nebula

Nebula dan Infinity War

Di penghujung filem Guardians of the Galaxy Vol. 2, kelihatan Nebula mula meninggalkan team Guardians dan memburu Thanos. Seperti kita tahu, Infinity War semakin hampir dan hampir kesemua karakter Marvel akan berhimpun dan memerangi Thanos. Mungkin Nebula akan menjadi individu penting dalam filem tersebut dalam membantu Avengers dan Guardians of the Galaxy untuk menewaskan Thanos memandangkan dia mengentahui banyak pekara mengenai ayahnya itu.

Yondu & Rocket

Yondu, Star-Lord dan Old Guardians.

Sebelum ini terdapat rumor mengatakan Michael Rooker akan turut terlibat dalam filem Infinity War. Namun, filem terbaru ini telah mengesahkan yang dia tidak akan kembali dalam filem akan datang kerana watak Yondu telah ditamatkan apabila dia mati semasa menyelamatkan Peter Quill.

Tetapi kematian Yondu dianggap "perlu" oleh beberapa penulis laman web antarabangsa. Star-Lord mula menerima Yondu sebagai "bapa" nya yang telah menjaganya selama ini. Malah, kematiannya juga telah membuka karakter baru dalam filem Guardians of the Galaxy akan datang. Semasa upacara pengebumian Yondu, kapten-kapten kumpulan Ravagers yang lain turut sama menghadiri sebagai tanda penghormatan terakhir. Kemudian semasa babak Post-credit, Stakar (Lakonan Sylvester Stallone) dan beberapa kapten Ravagers yang lain iaitu Charlie-27, Aleta Ogord, Martinex T'Naga telah berkumpul dan bersepakat untuk kembali bersama setelah lama berpecah demi Yondu.

Jika anda baca artikel kami sebelum ini, mereka adalah anggota asal Guardians of the Galaxy (versi komik) dan Yondu adalah salah seorang anggota Guardians tersebut. Jadi besar kemungkinan, mereka akan kembali dalam filem akan datang dan bakal membawa watak penting dalam filem ketiga Guardians.

Adam Warlock

Adam..? Siapa Adam?

Antara post-credit yang agak menarik, dimana ia menunjukkan Pod berwarna emas dan kemudiannya Ayesha mengucapkan dialog "I think I shall call him Adam.” Siapakah Adam? beberapa hari yang lepas, nama Adam Warlock telah disebut-sebut akan muncul dalam dunia MCU, adakah Adam yang disebut oleh Ayesha merujuk kepada Adam Warlock? Kebarangkalian Ya!

Siapakah Adam Warlock? dia merupakan antara karakter terkuat dalam MCU dan juga memiliki Soul Germ dalam komik. Setakat ini, Soul Germ masih belum dijumpai dalam dunia MCU. Jika rumor mengatakan Soul Germ berada dimata Heimdall, kali ini dengan penampilan Adam Warlock (mention only) dalam filem Guardians of the Galaxy akan mengalih perhatian pencarian Soul Germ dalam dunia MCU kearah Adam Warlock pula?

Walaupun khabar angin mengatakan Adam Warlock akan membuat kemunculan dalam filem ketiga Guardians, jangan terkejut jika dia muncul lebih awal iaitu dalam Avengers: Infinity War.

Kraglin & Yondu

Lain-lain Post Credit

Selain dari post-credit mengenai re-union Old Guardians dan Adam Warlock, post credit yang lain lebih sekadar humor sahaja. Cuma kelihatan Baby Groot sudah membesar sedikit seperti individu remaja. Jadi tidak mustahil dalam filem Avengers: Infinity War akan datang, Groot akan menjadi lebih besar seperti dalam filem pertama dan mampu untuk kembali bertarung.

Selain itu, babak Kraglin (Lakonan Sean Gunn, adik kepada James Gunn) sedang mencuba mengawal anak panah Yondu dan juga babak Stan Lee bersama The Watcher lebih kepada memberikan humor kepada penonton. Btw, ini filem yang menampilkan watak Stan Lee paling lama sekali.

Kepada yang sudah menonton filem ini, excited tak untuk melihat karakter-karakter baru muncul dalam filem akan datang terutamanya Adam Warlock?

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here