Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Penerangan Babak ‘Post-Credit’ Godzilla: King of the Monsters. Amaran Spoiler!!


Secara atas kertas, filem Godzilla: King of the Monsters hanya mempunyai 1 sahaja babak ‘post-credit’, bagaimanapun babak kredit yang menunjukkan petikan berita serta keratan akhbar haruslah penonton memberi sedikit perhatian kerana ia banyak  memaparkan ‘easter egg’ mengenai dunia Monsterverse.

Apapun, kami disini ingin merungkaikan satu-satunya babak post credit sekuel Godzilla ini kerana ia mungkin memberi satu petunjuk menarik dalam perancangan filem Monsterverse akan datang.

Jika anda sudah menonton filem Godzilla: King of the Monsters, mesti anda tahu yang salah satu kepala King Ghidorah telah berjaya diputuskan oleh Godzilla semasa pertembungan pertama kedua-dua Titan itu dan, King Ghidorah pula dengan mudahnya berjaya menjelmakan kembali salah satu kepalanya yang hilang ditokak Godzilla.

Kemudian, kedua-dua Titan itu bertembung buat kali kedua dan boleh dianggap sebagai pertarungan terakhir bagi merebut gelaran ‘King of the Monsters’. Godzilla yang tidak mahu pisang berbuah dua kali telah meletuskan kuasa termonuklear yang ada padanya untuk melenyapkan terus King Ghidorah dari muka Bumi ini.

Bagaimanapun, dalam babak ‘post-credit’ ia memberi sedikit berita buruk kepada penonton. Babak tersebut menunjukkan watak penjahat Ian Jonah (lakonan Charles Dance) sedang tersenyum lebar selepas diberikan kepala Ghidorah kepadanya oleh para nelayan. Apa niat sebenar si Jonah itu, adakah dia mahu menggunakan bangkai Ghidorah sebagai ujikaji DNA bagi mencipta Titan yang baru ataupun cuba menghidupkan kembali raksasa itu. Tekaan yang lebih radikal, mungkin Ian mahu mencipta Mecha-King Ghidorah sepertimana yang pernah ditunjukkan filem Godzilla vs. King Ghidorah terbitan Toho pada 1991.


Apapun, penonton boleh mengabaikannya buat masa ini kerana Godzilla tidak akan bertemu dengan Titan itu dalam filem akan datang, sebaliknya ia akan bertemu seterunya yang baru iaitu Kong dan pertarungan itu nanti boleh dianggap perang saudara persis filem Captain America: Civil War. Tambahan pula pelakon Charles Dance telah mengesahkan Ghidorah tidak akan kembali dalam filem Godzilla Vs Kong.

Jika Ian mahu mencipta Mecha-King Ghidorah, adakah anda mahu filem Godzilla vs. Mecha-King Ghidorah dihasilkan? mari kita beramai-ramai mendesak Warner Bros…


Related posts

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee