Penerangan Babak “Post Credit” Ant-Man And The Wasp

146
views

Seperti filem-filem Marvel yang lain, Ant-Man and The Wasp juga turut mempunyai babak ‘post credit’. Terdapat dua babak tersebut ditunjukkan dan salah satunya sangat penting dan berkait rapat dengan filem sebelumnya, Avengers: Infinity War. 

Jadi disini kami ingin kongsikan sedikit penerangan mengenai babak ‘post credit’ filem berkenaan. Amaran! artikel ini mengandungi spoiler untuk filem Ant-Man and The Wasp. Anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan sekiranya masih belum menonton filem terbaru Marvel ini.

Babak Post Credit #1

Dalam babak ini, Scott Lang, Hope, Hank Pym dan Janet sedang berada diatas bumbung sebuah bangunan. Selepas menyelesaikan misi menyelamatkan Janet, mereka telah mengecilkan ‘quantum turnel’ dan meletakkan mesin tersebut didalam sebuah van.

Tujuan mereka adalah untuk masuk kembali kedalam ‘Quantum Realm’ dan cuba mendapatkan tenaga kuantum (quantum energy) bagi menyembuhkan Ava yang juga dikenali sebagai ‘Ghost’. Hank Pym telah berjanji kepada Bill Foster sebelum itu bahawa dia akan membantunya menyembuhkan Ava selepas dia menyelamatkan Janet dari ‘Quantum Realm’.

Selepas berjaya mendapatkan tenaga kuantum, Scott telah memberi isyarat kepada Hope untuk mengeluarkannya dari alam tersebut. Bagaimanapun, semasa Hope sedang mengira untuk mengeluarkan Scott keadaan menjadi statik dan Scott menyangkakan mereka bertiga bergurau. Diakhir babak, ia menunjukkan Hope, Hank dan Janet telah menjadi debu dan Scott menjerit dalam keadaan panik.

Penerangan.

Babak ini benar-benar memberi kejutan kepada penonton. Ketiga-tiga anak beranak tersebut telah menjadi mangsa petikkan jari oleh Thanos semasa event Infinity War. Scott pula berkemungkinan tidak menjadi debu disebabkan dia berada didalam “quantum realm’ dan dilindungi dari menjadi mangsa Thanos ataupun dia seperti beberapa adiwira Avengers yang lain, terselamat dari berubah menjadi debu.

Babak ini turut meninggalkan persoalan dikalangan peminat tentang bagaimana Scott akan keluar dari ‘Quantum Realm’. Kita terpaksa menantikan tayangan filem Avengers 4 ataupun Captain Marvel (kemungkinan babak post credit) untuk melihat bagaimana Scott Lang keluar dari situ.

Babak Post Credit #2

Babak ini menunjukkan pergerakkan kamera dari luar sehingga ke dalam rumah Scott. Pergerakkan kamera menunjukkan televisyen sedang menyiarkan isyarat kecemasan sebelum perlahan-lahan menuju satu sudut dirumah Scott yang memaparkan semut gergasi sedang bermain drum sebelum ditamatkan dengan ayat  “Ant-Man and The Wasp will return?”

Penerangan

Seperti biasa, jika ada satu babak ‘post credit’ yang penting, pasti babak satu lagi sekadar memberi hiburan kepada penonton. Babak ini tidak begitu penting dan tidak memberi apa-apa makna kepada penonton. Televisyen yang menunjukkan isyarat kecemasan itu menunjukkan dunia sedang dalam keadaan panik selepas separuh daripada populasi menjadi debu akibat tindakan Thanos. Babak yang menarik tetapi tidak berbaloi untuk menunggunya. Oh yer, rasanya ini satu-satunya babak ‘post credit’ Marvel yang dimasukkan dalam trailer.