Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penerangan Babak “Mid Credit Scene” Spider-Man: Homecoming

Seperti kebiasaanya, filem-filem Marvel pasti akan menayangkan beberapa mid dan post credit scene dimana ia akan memberi petunjuk kepada filem akan datang atau sekadar babak selingan selepas puas menonton keseluruhan filem.

Filem Spider-Man: Homecoming juga tidak ketinggalan apabila mereka meletakkan dua babak diantara kredit filem dan selepas babak kredit. Seperti yang anda tahu, post credit scene yang menampilkan Captain America hanyalah sekadar “troll” kepada penonton. Tiada apa yang perlu dibincangkan melainkan hanya humor semata-mata.


Tetapi babak mid-credit scene dilihat sangat menarik. Adrian Toomes atau Vulture dilihat berada di sebuah penjara selepas berjaya ditewaskan dan ditangkap oleh Spider-Man. Babak tersebut menunjukan Toomes telah ditegur oleh salah seorang banduan disitu yang bertanya soalan kepada Toomes adakah dia mengenai individu disebalik topeng Spider-Man.

Salah satu petunjuk dalam mid post credit scene tersebut adalah gambar tatu pada badan banduan tersebut, memberi gambaran bahawa kemungkinan villain untuk filem akan datang adalah Scorpion, musuh Spider-Man yang memiliki abiliti lebih kurang sama dengan webslinger tersebut serta mempunyai peralatan yang mirip seperti kala jengking.

Banduan tersebut menegur dengan meminta Toomes mendedahkan siapakah individu disebalik topeng Spider-Man supaya dia dan beberapa banduan lain akan membalas dendam terhadapnya. Tetapi sebaliknya Toomes berkata dia tidak mengenali siapakah Spider-Man, dan khabar yang mengatakan dirinya tahu siapa disebalik topeng Spider-Man adalah palsu.

Well, agak menarik melihat Toomes tidak mendedahkan siapakah Spider-Man dan tidak mahu melihat remaja tersebut diburu oleh musuh-musuh Spider-Man.

Apa yang menyebabkan Toomes bertindak demikian?

Toomes sebenarnya bukanlah “pure” villain, dia hanyalah seorang “penjenayah terpaksa” demi menyara keluarganya. Dia hampir maut semasa dipenghujung filem, tetapi berjaya diselamatkan oleh Spider-Man yang cuba mahu dibunuh olehnya.

Tindakan Spider-Man mungkin telah menyedarkan sehingga mendorong dirinya untuk mendedahkan siapakah Spider-Man yang sebenarnya. Tambahan pula, aktiviti jenayah telah melukakan hati keluarganya dan anaknya pula Liz Allan adalah rakan kepada Peter Parker. Tindakannya ingin membalas dendam pasti akan melukakan hati keluarganya, dan disebabkan itu, Toomes tidak mendedahkan indentiti Spider-Man kepada banduan tersebut.

Related posts

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Christopher Walken Sertai “Dune: Part 2”, Akan Bawa Watak Emperor Shaddam IV

Kakimuvee

CrunchyRoll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime “Dragon Ball Super: Super Hero”

Kakimuvee

Leave a Comment