Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Pencuri Hati Mr Cinderella Gagal Kerana Faktor Kegawatan Ekonomi?

 

FilemĀ Pencuri Hati Mr. Cinderella telah pun melabuhkan tirainya di pawagam-pawagam tanah air dan kutipannya jika dilihat dari senarai kutipan tiket filem tempatan 2017 keluaran FINAS hanya RM18, 864.50 sahaja. Pengarahnya, Ahmad Idham mengakui terkejut dengan prestasi kutipan tiket filem bergenre romantis arahannya itu walaupun mendapat maklumbalas positif dari mereka yang telah menonton mahupun dari pihak media.

Saya sebenarnya agak tertarik dengan salah satu alasan yang diberikan oleh pengarah tersebut, faktor kegawatan ekonomi menjadi punca kegagalan filemnya dan juga filem-filem tempatan yang lain.

Optimis dengan isu yang berlaku pada filem terbitan syarikatnya, Aifa Motion Sdn Bhd, Ahmad Idham sedia maklum keadaan itu mungkin berpunca daripada keadaan ekonomi tidak menentu yang turut memberi kesan kepada filem tempatan lain. – Harian Metro

Adakah faktor kegawatan ekonomi menganggu prestasi kutipan tiket filem beliau? Mari kita tengok prestasi filem Abang Long Fadil 2 yang ditayangkan dua minggu selepas tayangan filemĀ Pencuri Hati Mr. Cinderella.Ā Jika dilihat dari kutipan semasa filem arahan Syafiq Yusof sehingga kini, dilaporkan filem aksi komedi berkenaan telah berjaya mengutip hampir RM10 juta, perbezaan yang sangat ketara diantara kedua-dua filem berkenaan.

Jadi adakah faktor kegawatan ekonomi menjadi penyebab kegagalan kutipan tiket filemĀ Pencuri Hati Mr. Cinderella?

Bagi saya, kegawatan ekonomi bukanlah faktor utama penyebab kegagalan filem berkenaan, faktor utama kegagalan filem berkenaan “flop” adalah filem itu sendiri. Jika dilihat dari respon-respon pengemar filem, rata-ratanya mengkritik filem berkenaan sangat klise, jalan cerita yang boring serta mudah dijangka, ketinggalan zaman dan lebih “parah” melabelkan filem tersebut filem “syok sendiri”

Itu belum termasuk faktor poster filem tersebut yang dikritik kerana ketinggalan zaman serta kurangnya promosi di media sosial dan media cetak. Faktor-faktor tersebut menjadikan filem ke-31 pengarah tersebut gagal dari segi kutipan tiket.

Pengemar filem tempatan kini mahukan filem tempatan yang lebih menarik dan mereka kini lebih selektif dalam menonton filem-filem tempatan kerana tidak mahu bazirkan wang mereka menonton filem yang bosan, klise dan kurang menarik.

Lihat dua filem tempatan yang mendapat kutipan tertinggi setakat ini iaitu J Revolusi dan Abang Long Fadil 2, selain promosi yang mantap (yang menjadi elemen utama meningkatkan jualan tiket), filem berkenaan boleh dianggap antara filem tempatan berkualiti setakat ini.

Ini menunjukkan, peminat tidak “segan” untuk mengeluarkan duit mereka asalkan dapat melihat sebuah filem tempatan yang berkualiti serta menarik untuk ditonton. Jadi, faktor kegawatan ekonomi bukanlah sebab utama kegagalan sesebuah filem.

Bagi saya Ahmad Idham bukanlah pengarah sebarangan, beliau dianggap antara pengarah terhebat tempatan yang pernah dihasilkan. Saya masih ingat filem-filem hebat beliau sepertiĀ Tentang Bulan, Mael Lambong, Adnan Semp-it, Niyang RapikĀ danĀ Congkak,Ā cuma nasibnya pada kali ini kurang bernasib baik.

Kini sudah sampai masanya, Ahmad Idham mendengar kritikan dari pengemar filem, bukan memperlekehkan mereka. Mereka kini berharap filem-filem tempatan mampu menyaingi filem-filem luar, setidak-tidakknya filem-filem dari negara jiran yang semakin mantap .

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment