Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Pencipta Siri The Umbrella Academy Ketuai Pasukan Kreatif Siri Marvel Moon Knight


Moon Knight Disney+

The Hollywood Reporter melaporkan bahawa penulis dan pencipta siri Netflix The Umbrella Academy, Jeremy Slater akan mengetuai pasukan kreatif untuk siri terbaru Marvel Disney+ Moon Knight. 

Pada Expo D34 yang lalu, Marvel Studios telah mengumumkan siri televisyen terbaru termasuklah Moon Knight, She-Hulk dan Ms. Marvel. 

Karakter Moon Knight dicipta Doug Moench dan Don Perlin pada tahun 1975 menerusi komik “Werewolf by Night” #32. Moon Knight adalah alter ego Marc Spector, seorang peninju dan bekas askar Marine Amerika Syarikat. Spector juga mengunakan nama samaran Jake Lockley, pemandu teksi dan jutawan playboy bernama Steven Grant dalam usahanya membanteras jenayah.

Abiliti Spector sebelum ini bergantung pada kitaran bulan dimana ia memabntu meningkatkan kekuatan, kepantasan dan ketahanan. Bagaimanapun, yang terbaru karakternya hampir mirip seperti karakter komik DC, Batman dimana dia bergantung pada teknologi dan kepakarannya dalam seni mempertahankan diri serta kemahirannya sebagai detektif.

Jeremy Slater pernah dikreditkan dalam beberapa siri filem dan televisyen termasuklah The ExorcistDeath NotePetFantastic Four, dan The Lazarus Effect.



Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee