Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pencipta Siri Sahkan Filem Peaky Blinders Akan Memulakan Produksi Pada 2023

Semasa Festival Filem BFI London 2021, pencipta siri Steven Knight mengesahkan bahawa filem Peaky Blinders akan memulakan produksi pada tahun 2023, lapor Variety.

Siri Peaky Blinders akan mengakhiri musim keenam dan terakhirnya pada bulan Mei tahun hadapan, dan Knight mendedahkan semasa sesi panel bahawa kerja-kerja suntingan untuk Musim 6 hampir selesai. Musim terakhir siri hit BBC dan Netflix ini dijangka akan dilancarkan pada musim bunga 2022.

Selain itu juga, Knight memberitahu yang dia akan menulis lakon layar untuk filem akan datang. 

“Dan kemudian saya akan menulis filem, yang akan ditetapkan dan dirakam di Birmingham,” kata Knight dalam sesi panel. “Itu mungkin akan menjadi penamat Peaky Blinders seperti yang kita ketahui.”

Knight sekali lagi berkata, dunia Peaky Blinders berpotensi untuk diteruskan dalam bentuk rancangan lain yang berkaitan dengannya, tetapi juga mendedahkan, jika terdapat spin-off di masa hadapan, dia tidak “semestinya akan mengawasi siri tersebut,” dan lebih memilih untuk “memberikan baton kepada orang lain.”

Peaky Blinders ditetapkan di jalan-jalan Birmingham tanpa undang-undang ketika evolusi pemimpin Tommy Shelby (Cillian Murphy) dari ketua penjenayah ke ahli perniagaan dan anggota parlimen yang sah. Musim kelima mendapati dunia dilanda kekacauan akibat kegawatan ekonomi pada tahun 1929. Ketika Ahli Parlimen Tommy Shelby didatangi oleh seorang ahli politik yang berkarisma dengan visi yang berani untuk Britain, dia menyedari bahawa tanggapannya tidak hanya akan mempengaruhi masa depan keluarganya tetapi juga seluruh negara.

Siri ini dibintangi Cillian Murphy sebagai watak utama Tommy Shelby, mendiang Helen McCrory sebagai Polly Gray, Paul Anderson sebagai Arthur Shelby, Sophie Rundle sebagai Ada Thorne, dan Finn Cole sebagai Michael Gray. Barisan pelakonnya juga merangkumi Anya Taylor-Joy sebagai Gina Gray, Brian Gleeson sebagai Jimmy McCavern, Neil Maskell sebagai Winston Churchill dan Sam Claflin sebagai Oswald Mosley. 

Musim terakhir Peaky Blinders diarahkan oleh Anthony Byrne dari lakon layar yang ditulis oleh Steven Knight bersama Nick Goding, yang juga merupakan penerbit. Penerbit ekskutif adalah Caryn Mandabach, Steven Knight, Jamie Glazebrook, David Mason, Anthony Byrne, dan Cillian Murphy.

Related posts

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment