Berita

Pencipta Siri Chernobyl, Craig Mazin Disenaraikan Disney Untuk Bangunkan Penggembaraan Terbaru Pirates of the Caribbean

Views

Nampaknya Disney masih mahu meneruskan perancangan reboot Pirates of the Caribbean. Menurut laporan  dari laman The Hollywood Reporter, pihak studio teleh menyenaraikan penulis skrip Ted Elliott dan pencipta siri Chernobyl Craig Mazin untuk membangunkan filem keenam Pirates of the Caribbean. 

Butiran lanjut masih lagi tidak diketahui, tetapi difahamkan filem terbaru ini akan memberi nafas baru buat francais yang bernilai berbillion dolar itu. Cuma yang sedikit mengecewakan, siri akan datang mungkin tidak melibatkan Johnny Depp yang terkenal dengan karakter kegemaran peminat iaitu Captain Jack Sparrow.

Walaupun Depp mungkin tidak akan kembali, Jerry Bruckheimer dijangka akan diberikan semula posisinya sebagai penerbit sebaik sahaja Elliott dan Mazin dapat mencipta cerita terbaru nanti.

Filem keenam Pirates of the Caribbeans sebelum ini cuba dibangunkan oleh penulis Deadpool dan Zombieland, Rhett Reese dan Paul Wenick, tetapi kedua-dua mereka meninggalkan projek pada awal tahun ini.

Elliot sebelum ini telah menulis empat dari lima filem Pirates of the Caribbean (The Curse of the Black Pearl, Dead Man’s Chest, At World’s End, On Stranger Tides) bersama-sama seorang lagi penulis iaitu Terry Rossio. Manakala Mazil dikenali kerana mencipta siri popular HBO, Chernobyl dan dia juga pernah dikreditkan dalam beberapa filem termasuklah The Hangover Part II dan Part IIIThe Huntsman: Winter’s War, Scary Movie 3 dan 4. Dia juga turut menulis skrip untuk filem reboot Charlie’s Angels

shares