Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pencipta Komik The Mask Mahu Hasilkan Filem Reboot & Pelakon Utamanya Adalah Wanita

Pencipta komik The Mask, Mike Richardson dilaporkan mahu filem reboot The Mask dihasilkan dengan pelakon utamnya ada wanita. Menurut laporan dari laman Movieweb, Richardson mahu karakter dalam filem itu nanti berbeza dari yang dibawakan oleh Jim Carrey dalam filem pertama.

Selain itu juga, pelopor komik Dark Horse Comics itu turut mendedahkan bahawa dia mempunyai idea untuk filem ‘reboot’ itu nanti dan sudah memikirkan calon yang sesuai untuk membawakan watak utama The Mask, cuma dia tidak mahu mendedahkan nama pelakon tersebut.

“I’d like to see a really good physical comedian (in the role). I have one in mind, but I’m not gonna say her name. We have to do a lot of convincing for this particular actor, but we’ll see… You never know what’s coming in the future. We have some ideas.”

The Mask pertama kali diperkenalkan dalam komik Dark Horse Presents #10 pada September 1987. Sejak daripada itu, karakter tersebut memiliki beberapa komiknya sendiri antaranya The MaskThe Mask Returns, dan The Mask Strikes Back serta beberapa spin off. Berbeza dengan versi sinematik, siri komik The Mask lebih dikenali berdasarkan penceritaanya yang agak ‘dark’ dan sangat ganas.

The Mask pertama kali dibawa ke layar perak pada tahun 1994 dan watak tersebut dilakonkan oleh Jim Carrey. Walaupun menerima maklumbalas positif dari para pengkritik, filem tersebut tidak begitu menonjolkan elemen ‘dark’ seperti yang ditunjukkan dalam komik. Filem kedua berjudul Son of the Mask yang diterbitkan pada 2005 bagaimanapun menjadi kegagalan besar francais The Mask dilayar perak apabila gagal dari segi kutipan tiket dan dikritik teruk peminat serta para pengkritik.

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment