Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pencipta Deadpool Rob Liefeld Mahu Dwayne Johnson Bergandingan Dengan Ryan Reynolds Dalam Filem Deadpool Akan Datang

Kemunculan pelakon filem Deadpool, Ryan Reynolds dalam filem Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw benar-benar mengejutkan penonton terutamanya yang meminati pelakon Deadpool itu.

Melihat kepada ‘chemistry’ diantara Reynolds dan Dwayne Johnson dalam filem Hobbs & Shaw begitu menjadi, pencipta karakter Deadpool, Rob Liefeld telah menjemput Johnson untuk memainkan peranan sebagai Garrison Kane dalam filem Deadpool akan datang.

“Dearest @therock based on reports of outstanding chemistry between you and a familiar friend, I believe the next logical step is for you to join the Marvel Universe as Garrison Kane in a future Deadpool installment,”

“You’re a natural and Kane is already celebrated by millions of comics fans who have thrilled to his adventures since I first introduced him in X-Force #2!” – Tulis Liefeld dilaman Instagram miliknya.

Jemputan Liefeld dibalas oleh Johnson menerusi laman Twitter.

Karakter Garisson Kane pertama kali diperkenalkan menerusi komik X-Force vol. 1 #2 (1991). Dia merupakan bekas ahli kumpulan askar upahan yang dikenali sebagai Six Pack, yang diketuai oleh Cable. Seperti Wade Wilson, Kane juga menjadi subjek Weapon X dan dia dipertingkatkan menjadi Cyborg dan memiliki kelebihan untuk mengeluarkan senjata dari badannya dan  mengakses semua kuasa mutan yang dicatatkan dan menggunakannya

Dalam filem Hobbs & Shaw yang baru ditayangkan, Reynolds memainkan peranan sebagai Ejen CIA bernama Locke yang juga merupakan rakan lama Hobbs (Johnson). Johnson juga bakal muncul dalam filem supehero DC Black Adam dimana dia akan memainkan peranan sebagai watak utama “Black Adam”

Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.

Sumber: Comicbook.com

Related posts

Two seasons of unscripted series Selena + Chef to debut in Asia August 12 on HBO GO

Isqandar

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

iQiyi Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa dengan Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

Zulaikha

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

Leave a Comment