
Banyak rumor dan spekulasi tentang siapakah yang bakal membawa watak Cable dalam filem Deadpool akan datang. Beberapa nama besar telah disebut-sebut untuk berlakon bersama-sama Ryan Reynold dalam filem tersebut antaranya Brad Pitt, Michael Shannon dan bekas agen 007 Pierce Brosnan.
Pencarian “brother in arm” Deadpool dalam filem akan datang ini telah menimbulkan perdebatan dikalangan peminat-peminat Deadpool tentang siapakah yang layak dan sesuai untuk membawa karakter Cable. Tetapi pencipta karakter Deadpool dan Cable, pelukis komik legenda Rob Liefeld ada calonnya sendiri. Lebih menarik, dia mahu membangkitkan orang yang berada di alam kubur untuk membawakan karakter tersebut. Pelakon yang dimaksudkan ialah pelakon aksi legenda era 70an, John Wayne.
Beliau menyuarakan pendapat gila-gilanya di laman Instagram:
https://instagram.com/p/BSBniKiBJwb/
Pelakon Legenda tersebut telah meninggal dunia pada tahun 1979 dan beliau terkenal dalam filem-filem Western Hollywod
Liefeld berpendapat, teknologi yang ada pada zaman ini tidak memustahilkan hasratnya untuk mengembalikan karakter John Wayne ke dunia Cinematic. Dengan teknologi CGI yang semakin canggih, beberapa filem telah menggunakan teknik ini untuk membawa balik karakter yang telah meninggal dunia ke layar perak. Yang terbaru, karakter Grand Moff Tarkin dalam filem Rogue One: A Star Wars Story dimana pihak produksi menggunakan teknik CGI untuk menghidupkan karakter tersebut walaupun pelakonnya, Peter Cushing telah meninggal dunia pada tahun 1994.
https://instagram.com/p/BSKojlJhlOm/
Bagaimanapun, cadangan Leigfeld hanyalah sekadar menghangatkan pencarian karakter Cable dalam filem Deadpool sahaja. Ini kerana banyak pekara yang perlu difikirkan oleh pihak Studio 20th Century FOX untuk menggunakan wajah John Wayne antaranya ethical issue yang mungkin menyinggung perasaan keluarga terdekat pelakon tersebut dan juga kos yang agak tinggi melakukan teknik CGI pelakon tersebut.
Pihak Disney dan Lucas Film pernah mendedahkan kos menggunakan teknik CGI untuk Grand Tarkin dan Princess Leia dalam filem Rogue One agak tinggi walaupun hanya untuk beberapa minit sahaja.
Jadi FOX perlu memikirkan soal budget yang tinggi jika mahu meng”CGI”kan John Wayne sebagai Cable dalam filem Deadpool 2 lebih-lebih lagi karakter Cable bakal menjadi watak utama dalam filem-filem akan datang.
Sumber: Movie Pilot