Berita

Pencipta Bersama The New Mutants Kritik Filem Terakhir X-Men Fox; Dakwa Namanya Disalah Eja

Views

Filem terakhir X-Men, The New Mutants telahpun ditayangkan di Amerika Syarikat, dan penantian yang cukup lama nyata tidak berbaloi apabila filem tersebut dikritik teruk peminat dan pengkritik filem.

Sehinggakini, The New Mutants hanya mendapat 25% peratus di laman Rottentomatoes, manakala skor penonton hanya 52%. Bukan itu sahaja, rating The New Mutants di IMDb turut jatuh ke 5.9/10 berbanding sebelumnya sekitar 6.5/10, dan di Metacritic, filem arahan Joose Boone itu hanya dapat purata rating sebanyak 46 peratus. 

Kegagalan filem terbaru Fox itu turut mendapat perhatian pencipta bersama komik The New Mutants, Bob McLeod.

McLeod mengecam filem The New Mutants dengan mendakwa bahawa perwatakan karakter ciptaanya itu langsung tidak sama dengan versi filem. Malah artis komik Amerika itu turut mempertikaikan pemilihan pelakon untuk filem tersebut, dan mendakwa ia satu lagi 'white-washing' oleh Hollywood. 

"I was very excited when I heard they were making a New Mutants movie. I thought making it into a horror movie was perhaps an interesting idea, but not at all how the characters should be introduced to the public at large. But, hey, my characters in a movie! I never would have thought that would actually happen. But then, I was disappointed when they didn't give Dani braids, although I like Blu Hunt. I was disappointed when Rahne wasn't a redhead with spiky hair, although I adore Maisie Williams. I was disappointed that Sam isn't tall and gawky, although I do like Charlie Heaton. But mainly I was very disappointed that Roberto isn't short and dark-skinned. Yet another example of Hollywood white-washing. There's just no excuse. So basically, #JoshBoone erased everything I contributed to the way the characters look. And now, the movie has come out at last, and apparently they've credited someone named Bob Macleod as co-creator. They couldn't even be bothered to check the spelling of my name sometime in the last three years. And that can't be fixed. That will be on the movie forever. I think I'm done with this movie."

Meskipun telah ditayangkan di Amerika Syarikat, kehilangan The New Mutants dari jadual tayangan di Malaysia masih lagi menjadi tanda tanya. Setakat ini tidak diketahui status tayangan di sini, apapun kita nantikan perkembangan terbaru dari pengedar Disney Malaysia. 

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks