Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penampilan Terbaru Patrick Wilson Yang Cukup Berbeza Untuk Filem “Aquaman and the Lost Kingdom”


Pengarah Aquaman and the Lost Kingdom, James Wan telahpun berkongsi pandangan pertama Jason Momoa yang memakai sut klasik dan “stealth”, dan kini kita dapat melihat gambar belakang tabir terbaru yang menampilkan Patrick Wilson sebagai Orm / Ocean Master – boleh dikatakan penampilan terkini pelakon itu sangat berbeza berbanding sebelumnya.

Dipenjarakan pada penghujung filem Aquaman (2018), kita mungkin menjangkakan penampilan Orm yang kelihatan agak kasar. Tidak lagi “Ocean Master” setelah digulingkan dari takhta oleh saudara tirinya, tidak jelas apakah peranan penjahat yang akan dimainkan Wilson dalam filem akan datang. Buat masa ini, kostum akan dipakai oleh Orm masih belum didedahkan. 

Dengan gambar pertama Jason Momoa dan Patrick Wilson, kita mungkin menjangkakan gambar terbaru Amber Heard sebagai Mera dalam masa terdekat ini. 

Aquaman and The Lost Kingdom dibintangi Jason Momoa sebagai watak utama Arthur Curry / Aquaman, Amber Heard, Yahya Abdul-Mateen II, Patrick Wilson, Randall Park, Dolph Lundgren, Temuera Morrison dan Pilou Asbæk. James Wan akan kembali sebagai pengarah, manakala lakon layar akan ditulis oleh duo dari filem pertama, David Leslie dan Johnson-McGoldrick.

Filem terbaru ini telah ditetapkan tarikh tayangan pada 16 Disember 2022. 



Related posts

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

The Nun 2 Merangkak Jauh Di Box Office Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terbaru DC

Kakimuvee