Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penampilan Pertama Will Turner Dalam Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales

Will turner

Dalam trailer Superbowl filem Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales, ia telah menunjukan beberapa footage terbaru termasuklah penampilan pertama Will Turner dalam filem sekuel Pirates of the Caribbean.

Jika kita flashback ke filem Pirates of the Caribbean: At World’s End pada penghujung tahun 2007, Will telah diangkat menjadi kapten kepada kapal The Flying Dutchman dan telah disumpah untuk berlayar dan membawa orang-orang yang sudah mati ke alam lain.

Sumpahan itu juga hanya membenarkan dia untuk kembali ke daratan sekali sahaja untuk setiap 10 tahun. Will Turner telah dikenakan sumpahan kapal The Flying Dutchman apabila menamatkan sumpahan Davey Jones dan menukar krew kapal The Flying Dutchman kepada bentuk manusia kembali.

Penampilan terbaru Will Turner dalam filem Pirates of Carribean: Dead People Tell no Tales

Namun dalam short trailer yang ditunjukan baru-baru ini, penampilan Will secara perlahan-lahan bertukar menjadi seperti krew kapal sebelum sumpahan ditamatkan. Wajahnya dalam filem terbaru dipenuhi dengan kerang atau teritip.

Dalam trailer terbaru yang ditunjukan telah mendedahkan keadaan Will Turner selepas beberapa tahun tidak muncul. Cuma persoalannya, adakah Jack Sparrow dan Will akan bekerjasama seperti dulu untuk menghapuskan Captain Salazer yang ingin membunuh semua pirates dilautan? kita tunggu tayangan pada 25 May 2017 ini.

Related posts

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Liv Tyler Akan Kembali Ke MCU Dalam Filem ‘Captain America: New World Order’

Kakimuvee

ZEE5 dan Viu Kini Boleh Diakses di Kedua-dua Astro Ultra dan Ulti Box

Kakimuvee

Box Office: John Wick Lagi Laku Dari Shazam! Fury of the Gods

Kakimuvee

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Leave a Comment