Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Penampilan Kim Min-gwi Dalam Drama ‘Nevertheless’ Disunting Susulan Skandal Curang

Penampilan pelakon Korea Selatan Kim Min-gwi dalam siri JTBC yang sedang berlangsung, Nevertheless akan dipotong berikutan skandal curangnya baru-baru ini.

Menurut Korea JoongAng Daily, seorang wakil dari siri drama itu mengatakan bahawa peranan dan penampilan Kim dalam siri Nevertheless akan dikurangkan. Rancangan itu setakat ini telah menyiarkan enam episodnya, dengan yang episod ketujuh akan ditayangkan pada hari Sabtu ini (31 Julai).

“[Kami] akan mengurangkan peranan pelakon itu bermula dari episod minggu ini, yang akan ditayangkan pada 31 Julai. Kami juga akan berusaha menyunting penampilannya dari episod yang sudah dirakamkan sebanyak mungkin,” kata jurucakap itu.

Awal bulan ini, seorang wanita yang mengaku sebagai bekas kekasih Kim telah menuduh pelakon itu berlaku curang terhadapnya dalam tempoh 6 tahun hubungan mereka. Dia juga menuduh bahawa Kim telah melanggar sekatan COVID-19 untuk “berjumpa dengan wanita lain”, menurut Korea JoongAng Daily.

Kim mengakui kesilapannya melalui catatan tulisan tangan yang dikongsikannya di laman Instagram, dengan mengatakan bahawa dia “menyedari kesilapannya”.

Agensinya Big Picture Entertainment telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan Kim “mengakui bahawa dia telah melakukan kesilapan dalam hal-hal mengenai kehidupan peribadinya”, tetapi menafikan melanggar sekatan COVID-19. 

Related posts

Rating “High Class” Jatuh Ke Tahap Terendah

Zulaikha

iQiyi Dedah Trailer Terbaru Untuk K-Siri Asli Yang Akan Datang “Jirisan”

Zulaikha

Episod Terbaru “Hometown Cha-Cha-Cha” Catat Penurunan

Zulaikha

“Yumi’s Cells,” “One The Woman,” & “The Veil” Memulakan Pertarungan Rating Penonton

Zulaikha

Finale “Hospital Playlist 2” Capai Penilaian Tertinggi Sepanjang Musim

Zulaikha

iQiyi’s New Original Chinese-Language Series Rainless Love in a Godless Land Premieres On October 17th

Zulaikha

Leave a Comment