Berita

Peminat Marvel Boleh Kumpul Duit Sekarang, "The Infinity Saga" Akan Dilancarkan 15 November Ini.

Views

Bagi 'kipas-susah-mati' filem-filem Marvel, anda kini boleh mulakan simpanan anda. Berdasarkan iklan terbaru Marvel Studios (kini telah dibuang), templet "infinity Saga box set" telah didedahkan kepada umum, dan tertulis tarikh jualan pada 15 November ini berserta harga jualan sebanyak $549.99 dolar bersamaan RM 2289!.

"infinity Saga box set" akan mengandungi 23 filem Marvel Cinematic Universe dalam versi 4K UHD dan Blu-ray, surat yang ditandatangani oleh Kevin Feige, pakej eksklusif yang ditandatangani Chris Evans, Robert Downey Jr., Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Mark Ruffalo, serta Jeremy Renner dan disk bonus yang mengandungi 'deleted scene' dan 'extended scenes' yang tidak pernah ditonton peminat.

Pengumuman rasmi dari Disney dan Marvel Studios mungkin akan dibuat tidak lama lagi, dan buat masa ini tidak dapat dipastikan samada box set ini akan dijual di luar pasaran Amerika Syarikat ataupun tidak.

Jadi kepada "kipas-susah-mati' MCU, anda boleh mulakan simpanan ada mulai hari ini!.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks