Berita

Peminat lancar Petisyen Menuntut Agar James Gunn Diambil Kembali Untuk Mengarah GOTG Vol. 3

View

Pemecatan James Gunn sebagai pengarah filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 oleh pihak Disney telah mengejutkan ramai pihak terutamanya dari peminat-peminat filem adiwira Marvel.

Rata-rata peminat tidak berpuas hati dengan tindakan Disney yang memecat James Gunn disebabkan ‘tweet’ kontroversinya yang sudah berusia lebih sedekad.

Pengarah dua filem awal Guardians of the Galaxy itu telah dipecat pada minggu lepas gara-gara pendedahan ‘tweet’ lama yang mengandungi kenyataan kontroversi dan humor melampau dari pengarah tersebut berkenaan isu rogol, pedophilia, insiden 9/11 dan juga insiden Holocaust.

Bagi peminat, pemecatan James Gunn tidak berasas kerana ia merupakan isu lama dan pengarah tersebut pernah meminta maaf diatas kenyataan kontroversi itu beberapa tahun sebelum ini.

Disebabkan itu, peminat telah melancarkan sebuah petisyen “RE-HIRE JAMES GUNN” melalui Change.org yang menuntut pihak Disney/Marvel mengambil semula James Gunn sebagai pengarah filem ketiga Guardians of the Galaxy. Sehinggakini hampir lebih 200 ribu peminat telah menyatakan sokongan terhadap petisyen tersebut

James Gunn merupakan antara individu penting diatas kejayaan dua filem Guardians of the Galaxy dan dia juga terlibat dengan menyumbangkan idea dalam merencana perjalanan kumpulan adiwira itu dalam filem Avengers: Infinity War. 

Jadi kepada peminat-peminat Marvel, patutkan James Gunn diambil semula sebagai pengarah Guardians of the Galaxy Vol. 3

BACA:  Kingsman 3 Diumumkan Secara Rasmi, Matthew Vaughn Kembali Mengarah

Tinggalkan Balasan

shares