Peminat Kritik Spanar Jaya X, Ahmad Idham Bersifat Terbuka

0
63
views

Baru-baru ini, sitkom Spanar Jaya X telah dikritik hebat oleh para peminat yang tidak berpuas hati dengan barisan pelakon sitkom terbaru tersebut. Sitkom terbaru arahan Ahmad Idham itu hanya menampilkan Opie Zami yang merupakan pelakon asal Spanar Jaya. 

Bagaimana, pengarah sitkom tersebut tidak melatah, sebaliknya bersikap terbuka dengan kritikan dari peminat

“Apa pun saya terima teguran itu dengan terbuka kerana saya tahu akan ada banyak lagi aksi dan situasi lucu serta menghiburkan penonton untuk episode seterusnya. Ini baru episode pertama dan untuk plot cerita kali ini saya terpaksa ketengahkan dulu pembinaan watak-watak baru,”

Disebalik kritikan terhadap sitkom Spanar Jaya X, Ahmad Idham tetap bersyukur dengan maklumbalas positif dari peminat-peminat Spanar Jaya.

Spanar Jaya X dibintangi oleh Uqasha Senrose dan Ben Amir sebagai pelakon utama. Mereka turut dibantu beberapa pelakon lain seperti Douglas Lim, Opie dan penampilan khas daripada Nabila Huda.

Sitkom ini akan bersiaran setiap Sabtu pada 11 malam.

Sumber: Cinema Online / Hmetro

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here