Slot AsiaTrivia

Peminat Filem Seram? Ini 10 Filem Tamil Yang Menarik Untuk Ditonton

Views

Sudah bosan dengan filem-filem seram dari Hollywood, Korea mahupun dari negara kita sendiri? apakata kita beralih angin pula dengan melihat filem-filem seram dari India pula. Kami yakin ramai pembaca Kakimuvee meminati filem-filem Bollywood dan Kollywood.

Buat permulaan untuk slot 'Trivia' dan 'Slot Asia' laman Kakimuvee, kami ingin kongsikan kepada anda 10 filem seram berbahasa Tamil / Telugu yang menarik untuk tonton! Anda boleh lihat senarai-senarai filem dibawah.

1. Chandramukhi (2005)

Chandramukhi merupakan remake kepada filem berbahasa Kannada berjudul Apthamitra (2004) dan filem berbahasa Malayalam, Manichitrathazhu yang ditayangkan pada tahun 1993. Dibintangi Rajinikanth, Prabhu, Jyothika dan Vadivelu, plot Chandramukhi berkisarkan seorang wanita yang menderita gangguan identiti disosiatif sehingga memberi kesan kepada keluarga dan pakar psikiatri yang berhasrat menyelesaikan kes  sambil membahayakan nyawanya.

2. Demonte Colony (2015)

Filem seram thriller ini diarahkan  R Ajay Gnanamuthu dan dibintangi pelakon seperti Ramesh Thilak, Sananth, Abhishek Joseph dan Arulnithi yang memainkan peranan utama.

Selepas meminum minuman keras, empat orang rakan memutuskan untuk melakukan sesuatu yang berani dengan melawat sebuah rumah banglo berhantu. Walau bagaimanapun, mereka tidak menyedari bahawa semangat jahat telah mengikuti mereka ketika pulang ke rumah.

3. Kanchana (2011)

Muni 2: Kenchana arahan Raghava Lawrence merupakan sekuel kepada Muni (2007). Filem seram komedi ini berkisarkan Raghava, yang takut untuk berada di luar telah dirasuk oleh hantu dan mula berkelakuan aneh. Hantu yang merasuknya itu merupakan pondan ingin membalas dendam terhadap MLA yang membunuh dia dan keluarganya kerana merampas tanah

4. Aval (2017)

Seorang pakar bedah Krish (Siddharth) dan isterinya, Lakshmi (Andrea), menjalani kehidupan yang bahagia di rumah indah mereka yang terletak di bawah pergunungan.

Semua berjalan dengan lancar untuk pasangan itu sehingga Paul (Atul Kulkarni) membeli rumah di kejiranannya bersama keluarganya yang terdiri daripada anak perempuannya Jenny (Anisha Victor) dan ahli keluarga yang lain. Kedua-dua keluarga itu menjalani kehidupan yang baik. Walau bagaimanapun, Jenny mula mengalami pengalaman paranormal yang pelik.

5. Dhilukku Dhuddu (2016)

Santhanam jatuh cinta dengan Shanaya, tetapi bapa Shanaya, tidak senang dengan hubungan mereka dan memutuskan untuk membunuh Santhanam dengan bantuan sami Rajendran.

Rajendran merancang satu rancangan dan mengundang Santhanam dan keluarganya ke sebuah banglo. Tetapi, Santhanam tidak tahu bahawa tempat itu berhantu.

6. Pisaasu (2014)

Pisaasu adalah filem seram gothic Tamil 2014 yang ditulis dan diarahkan oleh Mysskin dan dihasilkan oleh Bala di bawah B Studios.

Seorang lelaki mengalami aktiviti paranormal di rumahnya selepas kematian seorang gadis yang dia cuba selamatkan. Tidak lama selepas itu, dia sedar bahawa hantu yang menganggunya itu sebenarnya cuba membantu dia mencari pembunuh gadis itu.

7. Arundhati (2009)

Arundhati adalah filem aksi seram berbahasa Telugu India yang diterbitkan pada 2009. Semasa lawatan ke tempat asalnya, Arundhati mengetahui bahawa dia kelihatan seperti nenek moyangnya, Jejamma. Tidak lama kemudian, pertempuran Jejamma menjadi pertarungannya sendiri kerana dia melawan pengamal ilmu hitam yang ingin membunuhnya.

Bergenre aksi seram, filem ini diarahkan oleh Kodi Ramakrishna dan ditulis oleh Chintapalli Ramana, dengan arahan kreatif Rahul Nambiar.

8. Aranmanai (2014)

Aranmanai adalah filem komedi Seram Tamil India yang ditulis bersama dan diarahkan oleh Sundar C. Sebuah keluarga kembali ke kampung halaman mereka untuk menjual rumah nenek moyang mereka. Bagaimanapun ketibaan mereka dicemari oleh peristiwa ghaib, dan Ravi, saudara keluarganya, memutuskan untuk mendedahkan kebenaran.

9. Anandhapurathu Veedu (2010)

Anandhapurathu Veedu adalah filem misteri supernatural berbahasa Tamil India 2010 yang ditulis dan diarahkan oleh pengarah televisyen Tamil Naga, yang telah mengarahkan siri seperti Marmadesam, Vidathu Karuppu dan Chidambara Rahasiyam.

Seorang lelaki kembali ke kampung halamannya dengan isterinya dan anaknya selepas 15 tahun dan memutuskan untuk tinggal di rumah nenek moyangnya selama beberapa hari. Namun begitu, mereka mula mengalami merasai kehadiran hantu ketika berada disana.

10. Eeram (2009)

Eeram adalah filem thriller jenayah supernatural berbahasa Tamil India yang diterbitkan pada 2009. Ditulis dan diarahkan oleh Arivazhagan, filem ini berkisarkan Vasu yang menyiasat kes kematian bekas kekasihnya, Ramya selepas dia tidak yakin bahawa Ramya membunuh dirinya sendiri. Dia mengesyaki pembunuh Ramya adalah suami dan jirannya. Ketika jumlah kematian semakin meningkat, Vasu terpaksa menghadapi rahsia kisah lampaunya.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks