Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Peminat DC Rancang Untuk Sabotaj Rating Black Panther, Ryan Coogler Tenang Dengan Ancaman Mereka

Peminat-peminat filem DC merancang untuk men’sabotaj’ filem terbaru Marvel Black Panther? itulah khabar angin yang sedang rancak diputarkan oleh laman-laman web hiburan dan filem antarabangsa semalam.

Menurut beberapa laman web,  dilaporkan sekumpulan peminat tegar filem DC akan mensabotaj filem Black Panther dilaman web Rottentomatoes dengan memberikan rating ‘audience score’ yang rendah supaya ia dapat memberi kesan kepada kutipan tiket filem Black Panther apabila ditayangkan tidak lama lagi.

Tujuan mereka berbuat demikian kerana ingin ‘mengajar’ pihak Disney dan mendakwa studio berkenaan telah ‘membeli’ para pengkritik supaya memberi rating tinggi pada filem-filem keluaran mereka dan dalam masa yang sama mensabotaj filem-filem pesaing mereka.

Bagaimanapun, berdasarkan respon laman web Rottentomatoes, mereka menghormati pandangan para peminat dalam memberi rating kepada ‘audience score’ tetapi tidak bersetuju dengan tindakan yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu untuk mensabotaj sesebuah filem dan akan memantau segala aktiviti yang mencurigakan yang bertujuaan untuk mensabotaj filem Black Panther. 

 

We at Rotten Tomatoes are proud to have become a platform for passionate fans to debate and discuss entertainment and we take that responsibility seriously. While we respect our fans’ diverse opinions, we do not condone hate speech. Our team of security, network and social experts continue to closely monitor our platforms and any users who engage in such activities will be blocked from our site and their comments removed as quickly as possible. – Rottentomatoes

Sementara itu, pengarah filem Black Panther, Ryan Coogler tenang berhadapan dengan ancaman yang bakal berlaku pada filem arahannya itu. Menurut pengarah tersebut, beliau mengalu-alukan semua peminat menonton filem arahannya itu dan menerima setiap padangan mengenai filemnya tanpa mengira minat seseorang penonton itu.

“For me, I’m looking forward to everybody seeing the film, I’m really looking forward to sharing the film with audiences regardless of what their political views are…that’s kind of where I [stand on that].” – Ryan Coogler

Walaupun diancam akan berlaku sabotaj, filem Black Panther merupakan antara filem yang paling dinanti-nantikan pada tahun selain sebuah lagi superhero Marvel iaitu Avengers: Infinity War. Malah filem Black Panther  juga diramalkan akan menjadi hit apabila ditayangkan.

Setakat ini, rata-rata para pengkritik yang telah menonton tayangan perdana Black Panther memuji filem arahan Ryan Coogler ini dan dijangkakan Black Panther akan mendapat rating yang tinggi di laman web Rottentomatoes apabila ’embargo’ review filem ini tamat.

Kepada peminat-peminat filem superhero, apa pendapat anda mengenai ancaman sabotaj rating filem ini, adakah anda setuju dengan tindakan mereka ataupun tidak?

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment