Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan Video

Peminat Dari Luar Negara Meraikan Aidilfitri Bersama Papa Pipi!

Terbaik lah! Tak kira bangsa ataupun agama, para peminat setia Papa Pipi telah berkumpul secara online untuk merekod dan mencipta semula video Hari Raya Aidilfitri dengan dendangan lagu terbaru dari animasi popular Papa Pipi yang bertajuk ‘Aneka Baju Raya’!

Jangan sangka peminat dari luar negara (seperti dari Filipina dan Viet Nam di dalam video ini) tak pandai berhari raya tau! Meriahnya melihat lelaki mahupun perempuan, kesemuanya memakai baju berwarna-warni mereka sendiri. Lagi-lagi bila mereka turut menghafal tarian BoBoiBoy dan kawan-kawan seperti di dalam video ‘Aneka Baju Raya’ ini.

Walaupun Hari Raya kali ini disambut dengan sederhana, pengalaman ini juga mengingatkan kita tentang betapa bernilainya ikatan kekeluargaan, dan kepentingan saling hubung-menghubungi sesama sendiri.

Alangkah bertuahnya kita masih dapat menyambut lebaran bersama keluarga dan rakan-rakan dari serata dunia menggunakan teknologi digital zaman moden ini. Raya kali ini mungkin berbeza, namun ia tetap bermakna.

Related posts

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

LAGI GAH, LAGI MERIAH, ‘AME 2021’ ANUGERAH PERTAMA MALAYSIA DALAM FASA ENDEMIK!

Kakimuvee

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “Mat Kilau” Papar Perjuangan Anak Bangsa Melawan Penjajah

Kakimuvee

Poster Rasmi Goda Tarikh Tayangan “Mat Kilau” Pada 23 Jun Ini

Kakimuvee

Leave a Comment