Pemenang Oscar, Sinematografer Robert Richardson Sertai Projek Venom 2

1046
views

Sinematografer yang juga merupakan pemenang anugerah Oscar, Robert Richardson dilaporkan akan menyertai projek arahan pengarah Andy Serkis berjudul Venom 2. Pekara tersebut didedahkan laman The Hollywood Reporter baru-baru ini.

Richardson sebelum ini telah terlibat dalam filem terbaru arahan Quentin Tarantino berjudul Once Upon a Time in Hollywood. Ini merupakan kerjasama kedua diantara Serkis dan Richardson selepas filem Breath yang juga merupakan filem pertama yang diarahkan Serkis.

Richardson pernah terlibat dalam beberapa projek hebat seperti Hugo, The Aviator, Platoon serta menjadi sinematografer tetap Quentin Tarantino seperti dalam filem Inglourious Basterds, Django Unchained dan The Hateful Eight.

Venom 2 akan menyaksikan Tom Hardy kembali sebagai Eddie Brock / Venom dan Michelle Williams sebagai Anne Weying.

Filem pertama Venom berjaya mencatatkan kutipan luarbiasa iaitu sebanyak $855 juta dolar seluruh dunia walaupun menerima respon negatif dari para pengkritik. Filem tersebut telah memperkenalkan watak Cletus Kasady aka Carnage lakonan Woody Harrelson semasa penghujung filem dan dijangkakan watak antagonis itu akan membuat penampilan penuh dalam filem kedua akan datang.

Penggambaran dijangka akan bermula tidak lama lagi, dan tarikh tayangan telah ditetapkan pada 2 Oktober 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here