Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pemenang Anugerah Tony Akan Mengarahkan Filem Live-Action Moana


Pemenang Anugerah Tony, Thomas Kail telah dipilih Disney untuk mengarahkan filem aksi-langsung Moana, lapor The Hollywood Reporter

Kail mendapat pengiktirafan untuk karya musikal Broadway In the Heights dan Hamilton. Selain teater, dia juga berpengalaman sebagai pengarah rancangan termasuklah mengarahkan beberapa episod rancangan 2 Broke Girls dan Fosse/ Verdon.

Filem aksi-langsung Moana menandakan karya sulungnya sebagai pengarah filem. 

Dwayne Johnson akan menerbitkan ‘remake’ Moana itu bersama Dany dan Hiram Garcia menerusi syarikat penerbitan mereka, Seven Bucks Production dan Beau Flynn for Flynn Picture Co. Johnson juga dilaporkan kembali meneruskan peranannya sebagai Maui untuk filem akan datang. 

Filem asal diarahkan oleh Ron Clements dan John Musker. Ia bukan sahaja kejayaan komersial dengan kutipan kasar lebih $600 juta, tetapi ia juga mendapat ulasan positif daripada pengkritik dan memperoleh dua pencalonan Oscar termasuk Filem Animasi Terbaik dan Lagu Asal Terbaik.



Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee

Disney+ Bakal Menyekat Perkongsian Kata Laluan Mulai Tahun Hadapan

Kakimuvee