Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Filem Terbaik Oscars, PARASITE Kini Boleh Didapati Di Viu

Viu, perkhidmatan penstriman video pan-serantau (OTT) terkemuka, telah menambah pemenang anugerah Oscars 2020 Parasite ke dalam kandungan hiburannya.

Dipuji para pengkritik seluruh dunia, Parasite merupakan filem bukan Inggeris pertama serta filem pertama Korea yang dianugarahkan Filem Terbaik di Anugerah Akademi Ke-92, juga dikenali sebagai Oscars, yang berlangsung pada awal bulan ini. Selain itu juga, Parasite turut dinobatkan Filem Antarabangsa Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakonlayar Asal Terbaik.

Filem bertemakan komedi gelap thriller itu dibintangi pelakon seperti Song Kang-ho, Lee Sun-kyun, Cho Yeo-jeong, Choi Woo-shik dan Park So-dam.

Berputar di antara kesenjangan antara kelas sosial, Parasite membawa penonton melihat dengan lebih dekat isu-isu yang dihadapi oleh setiap kelas sosial dan bagaimana komuniti bangsa kelas rendah naik ke atas rantaian kelas sosial. Filem ini bermula dengan seorang remaja, Kim Ki-woo (lakonan Choi Woo-shik) yang mengambil ijazah universiti untuk mendapatkan pekerjaan sebagai tutor kepada anak perempuan Parks, Da Hae (lakonan Jung Ziso). Tidak lama selepas itu, Kims mencipta identiti baru yang rumit dan menyusup masuk ke rumah keluarga Parks.

Parasite kini boleh didapati di Viu dan pengguna boleh menyaksikan di semua platform Viu termasuklah aplikasi mudah alih, pelayar mudah alih, desktop, Android TV dan TV LG terpilih. Juga terdapat dalam pelbagai sarikata seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia dan Bahasa Cina. Langgan Viu sekarang hanya dengan bayaran yang rendah RM10 sebulan dan anda boleh menikmati Parasite, di mana sahaja, bila-bila masa!

Related posts

Ethan Hawke Bawa Watak ‘Villain’ Dalam Siri Disney+ “Moon Knight”

Kakimuvee

Kantemir Balagov Arah Episod Pertama Siri “The Last of Us”

Kakimuvee

Segalanya Musnah Dalam Promo Terakhir “WandaVision”

Kakimuvee

Klip Rasmi “WandaVision” Papar Dua Watak Utama Cuba Ingati Hari Istimewa Mereka

Kakimuvee

Queen Latifah Sebagai Robyn McCall Dalam Teaser Drama Jenayah CBS “The Equalizer”

Kakimuvee

Reaksi Awal “WandaVision” Mula Muncul Di Media Sosial

Kakimuvee

Leave a Comment