Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Fattah Amin & Janna Nick Dinobatkan Pelakon Filem Popular ABPBH Ke-34

Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 (ABPBH 34) telahpun berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) sebentar tadi. Sebanyak 14 kategori utama dan 6 kategori atas talian telah dipertandingkan dengan Sherry Alhadad menjadi pengacara pentas utama. 

Fattah Amin dan Janna Nick telah dinobatkan sebagai Pelakon Filem Lelaki dan Wanita popular, manakala untuk kategori Pelakon TV Popular dimenangi Ben Amir dan Siti Saleha. Janna Nick membawa pulang trofi utama apabila dinobat Bintang Paling Popular Berita Harian 34 dengan memperoleh 86 juta undian, rekod undian tertinggi dalam sejarah penganjuran ABPBH.

Berikut adalah senarai penuh pemenang ABPBH 34

Kategori utama

  • Artis Baharu Wanita Popular – DOLLA
  • Artis Baharu Lelaki Popular – DINIE RASHID
  • Pengacara TV Popular – JANNA NICK
  • Penyampai Radio Popular – DJ LIN
  • Artis Komedi Popular – ASIF SUHAIMI
  • Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular – AINA ABDUL DAN KHAI BAHAR (NAFAS CINTA)
  • Watak Animasi Popular – EJEN ALI
  • Artis Versatile Popular – SITI NORDIANA
  • Pelakon Filem Wanita Popular – JANNA NICK
  • Pelakon Filem Lelaki Popular – FATTAH AMIN
  • Penyanyi Wanita Popular XIAOMI – SITI NORDIANA
  • Penyanyi Lelaki Popular XIAOMI – HAQIEM RUSLI
  • Pelakon TV Wanita Popular – SITI SALEHA
  • Pelakon TV Lelaki Popular – BEN AMIR
  • BINTANG PALING POPULAR BERITA HARIAN 34 – JANNA NICK (86,374,777 undian)

Kategori Online

  • Watak Antagonis Popular – LIZA ABDULLAH
  • Youtuber Popular – AQIL ZULKIFLEE
  • FANtastik Popular – SITI NORDIANA FC
  • Artis TikTok Popular – KHAI BAHAR
  • Gandingan Serasi Drama – KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE (Perempuan Tanpa Dosa)
  • Gandingan Serasi Filem – WANNA ALI & PU RIZ (Ada Apa Dengan Dosa)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – DATO HAJJAH HABSAH HASSAN

Related posts

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Syarikat Penyiaran Hanya Mahu Pelakon Yang Miliki Lebih 1 Juta Pengikut Instagram

Kakimuvee

Pengarah PREBET SAPU ‘Bakar’ Beto Kusyairy

Kakimuvee

Tayangan Perdana ‘Mechamato’ Monsta di Cartoon Network, Disember 4

Kakimuvee

Syamsul Yusof Goda Plot Untuk ‘KL Gangster 3 The Finale’, Akan Melawan Mafia Antarabangsa

Kakimuvee

Leave a Comment