Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Tempatan

Pembongkaran Konspirasi Oleh Anggota Bomba Dalam Filem Hero: Jangan Bikin Panas


NS Star Sdn. Bhd dan Empire Film Solution bakal membawakan kepada anda, sebuah filem aksi komedi berjudul Hero: Jangan Bikin Panas yang akan membongkar konspirasi disebalik kebakaran yang berlaku di pusat Tahfiz oleh anggota Bomba. Filem arahan Azizi Chunk ini akan menemui penonton pada 3 Oktober ini.

Hero: Jangan Bikin Panas berkisarkan tentang Zafrul (Hisyam Hamid) adalah seorang pemuda yang pernah mengalami peristiwa hitam pada masa lalu dan telah menpengaruhi kehidupannya. Sebelum menjadi anggota bomba, dia telah berdepan dengan sebuah tragedi kebakaran di Maahad Tahfiz yang pernah menjadi tempat dia menuntut ilmu.

Pada hari tragedi tersebut, Zaf yang sudah lama menamatkan pengajiannya telah datang ke tahfiz berkenaan untuk membantu dengan memberi khidmat tusyen percuma. Namun, tanpa diduga sebuah kebakaran telah berlaku hingga menyebabkan ramai pelajar dan para ustaz terkorban. Zaf telah cuba mahu membantu menyelamatkan pelajar yang terperangkap, namun dia telah terkena letupan api hingga jatuh pengsan.

Anggota bomba telah datang dan memberikan bantuan kecemasan kepada Zaf dan pelajar lain yang terlibat. Semua perkara yang berlaku telah menyebabkan Zaf bertekad untuk menjadi anggota bomba serta mahu membongkar siapa yang telah merancang pembakaran tahfiz yang pernah menjadi tempat dia menimba ilmu dahulu.

Di dalam usaha Zaf untuk menjadi seorang anggota Bomba telah menemukan beliau dengan Amad (Bell Ngasri) dan Adam (Mark Adam) yang juga bercita-cita mahu menjadi anggota bomba.


Filem ini dibintangi pelakon seperti Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Mark Adam, Elisya Sandha, Tash Yong, Datuk Jalaludin Hassan, Shaharudin Thambi dan Riz Amin. Saksikan trailer filem ini dipemain video dibawah.

https://youtu.be/oSXIDajgM4Q


Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee