Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pembikinan Filem Black Widow Semakin Di Realisasikan

Desas-desus mengenai pembikinan filem ‘standalone’¬†Black Widow¬†yang dibintangi oleh¬†Scarlett Johansson semakin hampir direalisasikan selepas terdapat laporan yang mengatakan pihak Marvel Studio telah memilih penulis untuk menulis draf skrip filem mengenai karakter superhero wanita Marvel itu.

Menurut laporan Variety, Jac Schaeffer telah dpertanggungjawabkan oleh pihak studio untuk menulis skrip filem berkenaan, malah presiden Marvel Studio, Kevin Fiege telah mencari beberapa calon untuk terlibat dalam pembikinan filem berkenaan. Bintangnya, Scarlett Johansson juga telah eksekutif berkenaan untuk membincangkan tentang filem yang bakal dibintangi olehnya.


Jac Schaeffer dikenali sebagai penulis filem komedi, The Shower dan terlibat dalam pembikinan filem remake, Nasty Women yang bakal ditayangkan tahun ini

Scarlett Johansson muncul buat pertama kalinya sebagai Black Widow dalam filem Iron Man 2 2010 dan sejak dari filem berkenaan, beliau telah muncul dalam 5 filem Marvel dan akan muncul dalam 2 filem akan datang, Avengers: Infinity War dan Avengers 4. Wataknya yang menarik dalam Marvel Cinematic Universe telah menyebabkan peminat berharap sebuah filem solo mengenai watak tersebut dapat dihasilkan, lebih-lebih selepas kejayaan filem solo superhero yang menampilkan superhero wanita Wonder Women. 

Jadi, kepada peminat-peminat Marvel lebih-lebih lagi watak Black Widow, anda ‘excited’ dengan perancangan filem ini?

Related posts

Filem Aksi-Langsung PAC-MAN Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Pelakon Suara “Pingu”, Carlo Bonomi, Meninggal Dunia

Kakimuvee

Bintang “The Flash” Ezra Miller Telah Didakwa Atas Kesalahan Pecah Rumah Di Vermont

Kakimuvee

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

Rosario Dawson ‘Terlepas Cakap’, Sahkan THE PUNISHER Sedang Dirancang Marvel Studios

Kakimuvee

Rose Byrne Kembali Sebagai Renai Lambert Dalam “Insidious 5”

Kakimuvee

Leave a Comment