Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Peluang Menang Pertemuan Maya Bersama Bintang ‘Penthouse’, Kim Young Dae


Strim secara langsung konsert KCON:TACT 3 dan banyak lagi hanya di Astro GO
– Peluang menang pertemuan maya bersama bintang ‘Penthouse’, Kim Young Dae

Pengalaman idola K-pop terhebat eksklusif kepada pelanggan Astro

Sempena sambutan ulang tahun ke-25 Astro, semua pelanggan Astro dapat menikmati peluang eksklusif untuk strim siaran langsung, KCON: TACT 3, festival muzik terbesar di dunia yang meraikan budaya pop dan hiburan Korea, dari jam 8 malam setiap hari bermula 20 hingga 28 Mac 2021, secara eksklusif di aplikasi Astro GO tanpa sebarang caj tambahan. 

Peminat K-pop dapat melihat satu gabungan persembahan secara langsung yang mengujakan serta sesi bertemu peminat yang menampilkan idola K-pop terhangat seperti AB6IX, A.C.E, ATEEZ, BTOB, Dreamcatcher, ENHYPEN, EVERGLOW, HA SUNG WOON, HyunA, iKON, ITZY, JESSI, JO1, KANG DANIEL, LEE JIN HYUK, LOONA, MAMAMOO, OH MY GIRL, P1Harmony, SF9, Stray Kids, SUNMI, THE BOYZ,  TOMORROW X TOGETHER, TOO dan WOODZ (Cho Seung Youn).

Di samping itu, peminat dapat menikmati kandungan khas termasuk rakaman di belakang tabir yang memperlihatkan persiapan persembahan dari beberapa idola K-pop kegemaran mereka dan kandungan pra-rakaman terpilih yang menampilkan lebih daripada 26 artis dan selebriti K-pop.

Festival ini pernah dijalankan di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Australia, Mexico dan Jepun, dan pada tahun ini para peminat dapat menikmati pengalaman strim secara langsung persembahan ‘jelajah dunia’ di KCON:TACT 3 dengan selesa di kediaman mereka.

Semua rakyat Malaysia juga boleh memuat turun aplikasi percuma Astro GO dan padankan ke akaun Astro keluarga atau rakan. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara menghubungkan aplikasi Astro GO, lawati product.astro.com.my/astrogo atau lihat video ini. Muat turun Astro GO sekarang dan strim KCON:TACT 3


Peluang menang dalam ‘ONEderful Day with Kim Young Dae’

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-25 Astro, semua pelanggan Astro juga boleh ambil bahagian dalam ‘ONEderful Day with Kim Young Dae’, sebuah pertandingan dengan kerjasama saluran hiburan Korea terkemuka, ONE, menawarkan peluang bertemu secara tertutup bersama Kim Young Dae, bintang popular dari K-drama ‘Penthouse 2’, melalui sesi perjumpaan maya eksklusif.

Pertemuan maya tertutup yang eksklusif ini akan diadakan pada 28 Mac 2021 dari jam 2.45 petang hingga 3.40 petang.

Pelanggan boleh mengambil bahagian dari sekarang hingga 21 Mac 2021 dengan melayari laman web promotions.astro.com.my dan menjawab dua soalan mudah. Walaupun terbuka untuk semua pelanggan Astro, penyertaan dari pelanggan Pek Korea menggandakan peluang mereka untuk menang.

Dari penyertaan yang diterima, empat belas pelanggan Astro akan dipilih sebagai pemenang untuk pertemuan maya eksklusif ini. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mac melalui laman web yang sama.

Layari promotions.astro.com.my untuk ambil bahagian sekarang.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee