20 Pelakon Popular Yang Anda Mungkin Tidak Tahu Mereka Berketurunan Yahudi

2151
views

Kecoh juga di laman sosial apabila filem Wonder Woman mula ditayangkan di seluruh negara. Ini gara-gara pelakon utamanya Gal Gadot yang beragama Yahudi dan juga merupakan bekas Israel Defence Forces (IDF).

Ramai yang ingin memboikot dan juga tidak kurang juga ada yang ingin menontonnya juga filem lakonan aktress tersebut dengan cara memuat turun filem berkenaan di laman-laman cetak rompak.

Well, sebenarnya bukan Gal Gadot sahaja pelakon Hollywood yang beragama Yahudi, sebenarnya ramai pelakon-pelakon terkenal yang juga merupakan beragama dan berketurunan yahudi. Jom kita tengok siapakah pelakon-pelakon terkenal itu yang mungkin pelakon kegemaran anda.

Antara Pelakon Yahudi Terkenal di Hollywood

1 Natalie Portman

Bintang filem Star Wars ini dilahirkan pada 9 June 1981 di Jerusalem, Israel. Dia merupakan anak kepada doktor di Israel, Avner Herslag dan juga artis dari Amerika, Shelly Stevens.

2. Scarlett Johansson

Scarlett Ingrid Johansson yang juga bintang filem Avengers ini dilahirkan di New York City. Ibunya Melanie Sloan adalah berasal dari keluarga Yahudi manakala bapanya, Karsten Johansson adalah Arkitek dari Denmark

3. Mila Kunis

Aktres Black Swan, Mila Kunis dilahirkan dari keluarga Yahudi yang menetap di Ukraine, USSR. Ibunya merupakan guru fizik manakala bapanya, Mark Kunis bekerja sebagai Jurutera Mekanikal di bekas negara Soviet Union itu

4. James Franco

Pelakon filem Spiderman dan 127 Hours ini dilahirkan pada 19 April 1978 di California. Ibunya berlatarbelakangkan keluarga Yahudi manakala bapanya berketurunan Portugis dan Sweden, Douglas Eugene Franco

5. Jake Gyllenhaal

Pelakon filem Southpaw dan filem Homoseksual yang memenangi banyak anugerah Academy Award, Brokeback Mountain ini dilahirkan di Los Angeles, California. Ibunya yang juga penulis skrip Hollywood, Naomi Foner adalah berlatarbelakangkan keluarga Yahudi dan bapanya merupakan pengarah filem Stephen Gyllenhaal

6. Harrison Ford

Siapa yang tidak mengenali pelakon veteran ini. Ya dia merupakan aktor untuk beberapa filem terkenal seperti Star Wars dan Indiana Jones. Datuk dan neneknya adalah immigrant dari Minks, Balarus dan berbangsa Yahudi.

7. Jennifer Connelly

Pelakon filem Requiem for a Dream ini dilahirkan di New York dimana bapanya berketurunan Iris dan Norway, manakala ibunya berasal dari keluarga immigrant Yahudi di US.

8. Adam Sandler

Adam Richard Sandler adalah aktor Hollywood atau pelakon Yahudi yang paling kuat mempromosikan agamanya dalam filem-filem komedi lakonannya. Dilahirkan pada 9 September 1966 di New York dan berketurunan Yahudi Russia

9. Joseph Gordon-Levitt

Kenal siapa pelakon ini? Dia merupakan salah seorang pelakon utama filem arahan Christopher Nolan, Inception. Dilahirkan pada 17 Februari 1981 di Los Angeles dan dibesarkan dalam keluarga Yahudi

10. Shia LaBeouf

Pelakon bermasalah yang juga aktor untuk filem Transformers ini dilahirkan di Los Angeles, California. Ibunya berasal dari keluarga Yahudi manakala bapanya berbangsa Perancis.

11. Ben Stiller

Pelakon filem Zoolander, Benjamin Edward Meara Stiller dilahirkan pada 30 November 1965 di New York. Anak kepada pelawak terkenal US, Jerry Stiller dan Anne Meara. Bapanya berasal dari Austria dan berketurunan Yahudi, manakala ibunya dari keturunan Iris yang kemudiannya menukar agama kepada Yahudi.

12. Jesse Eisenberg

Mula dikenali dalam filem The Social Network dan kemudian menempa nama dalam filem Now You See Me. Dia beragama Yahudi dan keluarganya berkeluarga Yahudi yang berasal dari Poland

13. Chris Pine

Pelakon filem Star Trek ini berasal dari keluarga Russia yang beragama Yahudi. Walaupun berketurunan Yahudi, dia tidak pernah mengamalkan ajaran agama tersebut.

14. Andrew Garfield

Bintang filem Spiderman dan filem Oscar, Hacksaw Ridge ini berasal dari keluarga English-Polish Jews. Walaupun keluarganya berasal dari Yahudi, dia merupakan seorang Atheist

15. Paul Rudd

Paul Rudd yang juga merupakan pelakon filem Ant-Man adalah pelakon yang beragama Yahudi. Rudd dikatakan mengamalkan agama Reform Jew dan seluruh keluarganya termasuk isterinya adalah beragama Yahudi

16. Jack Black

Jack Black juga merupakan pelakon komedi yang sangat dikenali. Terkenal dalam filem -filem seperti School of Rock dan Kung Fu Panda. Dia berketurunan Yahudi tetapi dikatakan menjadi seorang Atheist

17. Daniel Radcliffe

Pelakon filem Harry Potter ini berasal dari keluarga Yahudi disebelah ibunya. Bagaimanapun dia mengumumkan dirinya sebagai Militan Atheist. Hmm..pelik-pelik pelakon terkenal ini.

18. Maggie Gyllenhaal

Kenal Aktres ini? dia pernah berlakon dalam filem The Dark Knight sebagai Rachel Dawes. Adik kepada Jake Gyllenhaal dan seperti abangnya dia mengamalkan agama yahudi.

19. Liev Schreiber

Pelakon filem Salt dan X-Men Origin: Wolverine ini berasal dari keluarga Yahudi dari Poland. Ibunya merupakan seorang painter manakala bapanya seorang pelakon teater.

20. Jeff Goldblum

Pelakon Yahudi yang juga Bintang filem Jurassic Park ini berasal dari keluarga Yahudi yang datang dari negara Russian dan Austria. Dia juga masih mengamalkan ajaran yahudi.

Senarai-senarai pelakon Yahudi ini adalah sebahagian kecil sahaja dari berpuluh-puluh pelakon dan selebriti Hollywood yang berbangsa dan beragama yahudi. Jika anda ingin melihat senarai penuh, klik laman web IMDb yang memaparkan senarai pelakon-pelakon Hollywood yang berketurunan Yahudi

1 COMMENT

  1. orang boikot bukan sebab dia yahudi…tapi dia bekas IDF dan anti Hamas. Antara penyokong kuat penubuhan negara haram Israel. Bukan sebab yahudi semata2..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here