Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Lebih 2000 Menjalani Ujibakat Untuk Mencari Pelakon Watak Lee Chong Wei

Pencarian pelakon untuk galas watak pemain badminton nombor satu dunia, Dato’ Lee Chong Wei (LCW) dalam filem biografi “Menjulang Kejuaraan” (“Rise Of The Legend”) masih lagi diteruskan walaupun lebih 2,000 orang hadir ke sesi uji bakat yang dibuat sebelum ini.

Pengarahnya Teng Bee berkata, walaupun ramai yang hadir ke sesi uji bakat, namun tiada seorang pun yang dilihat mampu menggalas watak Chong Wei.

“Secara keseluruhannya, seramai 2,000 orang hadir bagi sesi uji bakat yang kita lakukan di Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. Kita sudah menapis 100 orang, malah ada juga pemain badminton dari Taiwan, China, Singapura dan Hong Kong hadir mencuba nasib.

“Daripada jumlah itu, kita akan buat penilaian semula untuk mengambil pelakon yang bersesuaian, namun bagi watak Chong Wei, kita belum temui lagi,” katanya yang dipetik dari Utusan Online.

Berikutan itu, pihak penerbit CJ Pictures Sdn Bhd akan meneruskan pencarian bagi mendapatkan seorang pelakon yang mampu galas watak sebagai LCW.

Watak LCW yang sedang dicari kini adalah dua orang, iaitu watak ketika LCW remaja dan berusia 30an.

Dalam pada itu, Teng Bee juga memberitahu pihaknya kini dalam proses ‘memujuk’ LCW untuk membuat penampilan istimewa dalam filem tersebut yang bakal memulakan penggambaran sekitar Mei atau Jun ini.

Filem “Menjulang Kejuaraan” yang menelan belanja RM6 juta ini dijangka akan menemui penonton pada 2018.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

MCU Fasa 6 Akan Menampilkan ‘Kumpulan Avengers Yang Berbeza’

Kakimuvee

Leave a Comment