Berita

Pelakon Veteran Siri Batman Era 60an Dilaporkan Berada Di Set Penggambaran Crisis on Infinite Earths

Views

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada dia akan muncul dalam siri crossover akan datang, tetapi gambar terbaru diset penggambaran Crisis on Infinite Earths telah memberikan ada pertama Burt Ward, pelakon yang terkenal dengan watak Robin dalam siri televisyen Batman era 60an.

Sementara gambar di bawah anda boleh melihat Ward mengenakan pakaian dengan warna tradisional Robin, ia tidak dapat mengesahkan sama ada Ward akan muncul sebagai Robin versi tua dalam siri Crisis on Infinite Earths ataupun tidakApapun kita nantikan perkembangannya.

‘Crossover’ Crisis on Infinite Earths akan bermula dengan siri Supergirl pada Ahad, 8 Disember, diikuti Batwoman pada Isnin 6 Disember dan The Flash pada Selasa 10 Disember. Siri keempat ‘crossover’ akan berhenti seketika dan bersambung pada 14 Januari 2020 menerusi siri Arrow dan akan berakhir menerusi siri DC’s Legends of Tomorrow pada hari yang sama.

BACA:  Berita-Berita Terbaru Mengenai Filem The Batman

Brandon Routh akan memainkan dua peranan berbeza iaitu sebagai The Atom dan Superman. Selain itu juga beberapa pelakon akan kembali membawakan watak masing-masing seperti Tyler Hoechlin sebagai Clark Kent / Superman, Elizabeth Tulloch serta Erica Durance sebagai Lois Lane, Jon Cryer sebagai Lex Luthor, Tom Cavanagh sebagai Pariah dan LaMonica Garrett sebagai Anti-Monitor. Selain itu juga, Crisis on Infinite Earth akan turut menampilkan Black Lightning, Kevin Conroy Bruce Wayne dan Ashley sebagai Huntress

Dalam finale ‘crossover’ Elseworlds yang lalu, Monitor (LaMonica Garrett) memberi amaran kepada wira tentang “Krisis” yang akan berlaku.

Tinggalkan Balasan

shares