Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pelakon TROLLS WORLD TOUR Tuntut Pampasan Dari Universal

Keputusan Universal melancarkan filem animasi terbaru mereka Trolls World Tour dalam bentuk ‘video on-demand’ (VOD) telah mencetuskan pelbagai kontroversi.

Pada minggu lalu, beberapa panggung wayang utama Amerika Syarikat seperti Cineworld dan AMC Theatres telah membuat keputusan untuk tidak mahu menayangkan filem-filem terbitan Universal dimasa akan datang. Ini termasuklah filem F9 dan Minions: The Rise of Gru yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Tindakan pemilik panggung wayang itu dibuat disebabkan mereka kecewa dengan langkah yang diambil Universal dan menyifatkan keputusan tersebut melanggar amalan perniagaan, perkongsian dan ketelusan diantara kedua-dua pihak.

Selain itu juga, para pelakon Troll World Tour seperti Justin Timberlake dan Anna Kendrick turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Universal yang membuat keputusan tanpa berbincang terlebih dahulu.

Menurut sumber, para pelakon menuntut pampasan dari pihak studio dan pampasan tersebut dikaitkan dengan bonus box office yang sepatutnya diterima mereka.

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif NBCUniversal Jeff Shell mendedahkan bahawa Troll World Tour tersebut berjaya meraih $100 juta dolar sejak ia dilancarkan dalam bentuk VOD.

Beberapa pakar industri berpendapat, filem sekuel itu mungkin tidak dapat kutipan yang diharapkan, tetapi sumber yang mendedahkan kepada laman The Hollywood Reporter menyatakan bahawa Universal percaya mereka masih mampu menjana $40 juta atau lebih dari semua sumber pendapatan.

Para pelakon hanya akan menerima bonus sekiranya kutipan filem Troll World Tour mencecah $350 juta dolar seluruh dunia, dan wakil mereka tidak senang dengan kurangnya ketelusan mengenai jumlah kutipan yang sebenar sekirannya bergantung pada kutipan dari VOD.

Related posts

Spider-Man 3: Alfred Molina Kembali Sebagai Doctor Octopus?

Kakimuvee

“Godzilla vs. Kong” Mungkin Akan Ditayangkan Terus Ke Laman Streaming

Kakimuvee

Mads Mikkelsen Sah Ganti Johnny Depp Dalam Filem “Fantastic Beasts 3”

Kakimuvee

Sekuel “Extraction” Akan Mulakan Produksi Pada 2021

Kakimuvee

Foto Pertama Tom Holland Dalam Filem Drama “Cherry”

Kakimuvee

Mark Ruffalo & Catherine Keener Sertai Ryan Renolds Dalam Filem Sci-Fi The Adam Project

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating