Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Pelakon THE FLASH Meninggal Dunia Pada Usia 16 Tahun

Pelakon siri televisyen The Flash, Logan Williams dilaporkan meninggal dunia pada usia 16 tahun. Bintang yang sedang meningkat naik dari Kanada itu muncul dalam lapan episod dalam musim pertama siri adiwira DC itu dengan memainkan watak Barry Allen sewaktu muda.

Ibu Logan, Marlyse Williams mengesahkan berita pemergian anaknya pada Khamis lalu namun tidak menyatakan sebab kematian. Pelakon utama The Flash, Grant Gustin melalui akaun Instagram mengucapkan takziah di atas pemergian Logan.


“Saya baru dapat berita menyedihkan Logan Williams meninggal dunia secara tiba-tiba.Gambar ini dirakam pada awal penggambaran episod pertama ‘The Flash’ pada 2014.”

“Saya amat kagum dengan bukan sahaja bakat yang ada pada Logan, tetapi juga professionalismenya di set. Ingatan dan doa saya dititipkan buat mendiang dan keluarga dalam suasana yang pastinya amat sukar buat mereka,”

Selain The Flash, mendiang turut mincul dalam siri televisyen When Calls the Heart, Supernatural dan Whispers.

Related posts

“The Boys” Disambung Hingga Musim 4

Kakimuvee

Netflix Umum Tarikh Tayangan “Dota: Dragon’s Blood” Musim 3, Dedah Pandangan Pertama

Kakimuvee

Ewan McGregor Kongsi Reaksi Krew Produksi Selepas Melihat Hayden Christensen Sebagai Darth Vader

Kakimuvee

[VIDEO] Ms. Marvel Berhadapan Dengan Musuh Misteri Dalam TV Spot Terbaru

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Leave a Comment