Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pelakon THE FLASH Dipecat Gara-Gara Ciapan Rasis

Gara-gara ciapan lamanya yang berumsur rasis di Twitter dibongkar, pelakon Hartley Sawyer,35, dipecat dari siri popular The Flash dan tidak akan kembali untuk ketujuh.

Menurut penerbit eksekutifnya Eric Wallace, perbuatan pelakon itu adalah sesuatu yang sangat menyedihkan dan tidak boleh diterima.

“Hartley Sawyer tidak akan kembali untuk musim ketujuh The Flash. Berhubung perkongsiannya di sosial media, kami tidak bertoleransi dengan kata hinaan yang ditujukan kepada bangsa, etnik, kewarganegaraan asal, jantina, mahupun orientasi seks

“Perkataan sebegitu adalah tidak beretika untuk nilai dan polisi kami, yang mana kami berusaha untuk berevolusi dalam mempromosikan persekitaran kerja selamat, adil, dan produktif. Ciapan itu sangat hancurkan hati saya,” kongsinya di Twitter.

Bagaimanapun, pelakon terbabit belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penyingkirannya daripada siri berkenaan.

Menerusi perkongsiannya pada 31 Mei di Instagram, Sawyer ada memohon maaf mengenai sifat jahilnya pada masa lampau dan mengakui perbuatannya tidak boleh diterima.

“Kata-kata saya, tidak relevan dengan niat cuba berlawak, sangat melukakan, dan tidak boleh diterima. Saya sangat malu, saya boleh lakukan percubaan yang sangat teruk itu demi mencuri perhatian.

“Saya sangat menyesalinya. Kelakuan sebegitu sangat tidak boleh diterima. Kata-kata itu saya keluarkan sewaktu saya tidak terfikir dan menyedari boleh mencetuskan bahaya,” katanya.

Akaun Twitternya itu sudah pun dipadam.

Minggu lalu, aktres Skai Jackson menerusi Twitter berkongsi tangkap skrin beberapa ciapan Sawyer pada 2012 yang sangat keterlaluan serta rata-rata berunsur rasis. Ciapan itu kembali menjadi bualan selepas pelakon terbabit bersuara mengenai isu Black Lives Matter.

Sumber: Harian Metro

.

Related posts

Klip Terbaru Venom: Let There Be Carnage Goda Transformasi Cletus Kasady

Kakimuvee

Randall Park, Jani Zhao Antara Yang Sertai Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

Leave a Comment