Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Pelakon Terkenal Bollywood, Irrfan Khan Meninggal Dunia Pada Usia 53 Tahun

Bintang terkenal Bollywood, Irrfan Khan telah meninggal dunia pada usia 53 tahun pada Rabu. Irrfan Khan sebelum itu telah dimasukkan ke unit rawatan intensif di hospital Kokilaben, Mumbai pada Selasa kerana jangkitan pada usus besar.

Memetik laporan media antarabangsa, Irrfan didiagnosis tumor neuroendokrin dan menjalani rawatan di United Kingdom. Irrfan meninggalkan seorang isteri Sutapa Sikder dan dua orang anak Babil dan Ayan.

Jurucakap beliau memuji semangat pelakon tersebut yang kuat dalam melawan penyakit kansernya itu.

Selain menempa kemasyhuran di India, beliau juga mencipta nama di layar perak antarabangsa menerusi filem Jurassic World, Slumdog Millionaire, Life Of Pi dan The Amazing Spider-Man.

Dua tahun lalu, beliau mengejutkan peminatnya dengan membuat pengumuman berhubung penderitaan yang dialaminya. Irrfan berkata, dia didiagnos menghidap tumor neuroendokrin iaitu penyakit yang menjejaskan sistem pesanan hormon tubuh dan kajian mendapati ia hanya dihidapi 35 orang dalam 100,000 orang.

Sumber: Astro Awani

Related posts

Finale “Hospital Playlist 2” Capai Penilaian Tertinggi Sepanjang Musim

Zulaikha

iQiyi’s New Original Chinese-Language Series Rainless Love in a Godless Land Premieres On October 17th

Zulaikha

So Ju Yeon, Jung Yi Seo, & Jo In Bintangi Drama Istimewa KBS

Zulaikha

iQiyi Akan Menayangkan K-Drama Suspen Terbaru Bertajuk “Jirisan”

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa “Squid Game” Akan Menjadi Siri Netflix Kegemaran Anda

Zulaikha

iQiyi Spices Up Its K-Drama Offerings With Two New Shows Filled With Mystery And Suspense

Zulaikha

Leave a Comment