Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pelakon Shafiee Jaafar Atau Pie Masih Hidup

Sumber: Berita Harian

Pelakon serta pelawak terkenal, Shafiee Jaafar atau lebih dikenali dengan panggilan Pie menjadi mangsa terbaru pihak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu yang mengatakan beliau telah meninggal dunia.

Shafiee Jaafar atau Pie yang pernah membintangi filem-filem seperti Nana Tanjung, Anak Mami dan filem-filem komedi yang lain dilaporkan  hanya mengalami demam sejak beberapa hari yang lalu dan kini ditempatkan di wad Hospital Kepala Batas. Beliau turut memberitahu keadaannya semakin sihat semenjak dimasukkan di hospital

“Masa malam kejadian itu, saya berada di rumah anak, Shariman di Taman Serai Wangi, Padang Serai.
“Tiba-tiba terasa sejuk dan menggigil satu badan, tak pernah saya rasa macam itu, sebelum ini pun ada juga demam, tapi tak teruk mana, saya minta Shariman bawa saya ke hospital,”
Shafiee Jaafar 1
Sumber: Harian Metro
Mengulas lanjut mengenai viral mengenai kematiannya di media sosial, katanya dia agak sedih dengan penyebaran berita tersebut.
“Saya ni dan berusia 85 tahun, bila-bila masa sahaja Dia boleh jemput, apa pun yang berlaku, saya minta agar orang ramai doakan kesihatan saya untuk saya kembali sembuh seperti sediakala.
“Alhamdulillah, sejak lima hari saya berada di hospital ini, saya terima layanan yang terbaik sekali, saya ucapkan terima kasih kepada semua,” katanya.
Sebelum ini, penyanyi Hazami juga turut menjadi mangsa fitnah yang mengatakan beliau telah meninggal dunia akibat penyakit usus yang dialaminya.
Berita- berita seperti ini sepatutnya tidak berlaku kerana ianya melibat kematian. Sepatutnya mereka lebih bertanggungjawab dan berdoa supaya kesihatan mereka yang sakit kembali sembuh,

Related posts

Kejar-Mengejar Berterusan! Si Tom & Jerry Bawa Kenakalan & Kekacauan Di Malaysia

Isqandar

Christopher Nolan Tidak Lagi Mahu Bekerjasama Dengan Warner Bros.

Kakimuvee

Sony Tukar Tarikh Tayangan Ghostbusters: Afterlife, Uncharted, Cinderella & Peter Rabbit 2

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Wujudkan Media Sosial Untuk Pasaran Malaysia!

Kakimuvee

No Time To Die, A Quiet Place Part II, Morbius Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

Legendary Dedah Poster Terbaru “Godzilla vs Kong”, Trailer Akan Dilancarkan Ahad Ini

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating