Pelakon Ruhainies kini mula mengorak langkah ke depan apabila melebarkan sayapnya dalam dunia penerbitan pula.
Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas telah diberi kepercayaan untuk menjadi penerbit untuk sebuah drama berjudul Anugerah Cinta Aisyah yang mana dia turut membintanginya.
“Saya ditawarkan membawa watak utama dalam drama “Anugerah Cinta Aisyah” yang akan memulakan penggambaran, bulan depan. Sangka saya watak itu akan dibawakan pelakon lain kerana beberapa nama turut disenaraikan.
Saya agak gusar kerana tidak yakin mampu menggalas dua peranan serentak. Saya masih baru dalam dunia penerbitan dan tanggungjawab itu pula menuntut komitmen yang tinggi,” – BH Online.
Pelakon berusia 25 tahun itu bagaimanapun tidak sampai hati untuk menolak permintaan Zeel Production kerana produksi tersebut banyak membantu menaikkan namanya.
Ruhainies berkata penggambaran drama tersebut dirancang akan dibuat di Budapest selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Bercerita lanjut mengenai wataknya dalam drama tersebut, dia akan membawa watak sebagai Aisyah yang mana memerlukannya bertudung labuh berikutan ia sebuah naskhah keagamaan.
Selain itu, dia juga perlu mewarnakan rambutnya semula kepada warna hitam untuk disesuaikan dengan tuntutan watak serta beberapa aspek lain supaya dia tidak kelam-kabut apabila mula masuk ke set penggambaran.