Filem ‘reboot’ Charlie’s Angels kini sudah memiliki pelakon utamanya. Menurut laporan dari The Hashtag Show, pelakon Naomi Scott telah disahkan membintangi filem tersebut. Naomi yang juga merupakan pelakon filem Power Rangers akan membawa peranan salah seorang daripada trio Charlie’s Angels.
Dua lagi pelakon iaitu Kirsten Stewart dan Lupita Nyong’o, juga semakin hampir membintangi filem tersebut. Mereka berdua kini sedang dalam perbincangan dengan pihak studio untuk membintangi filem tersebut.
Elizabeth Banks akan mengarahkan filem ini dan dia turut dilaporkan akan melakonkan karakter Bos.
Penggambaran Charlie’s Angels dijangka akan dimulakan pada September ini di Berlin dan dijangka selesai pada Januari tahun hadapan. Sony Pictures menetapkan tarikh tayangan Charlie’s Angels pada 7 Jun 2019.