Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pelakon LORD OF THE RING, Sir Ian Holm Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun

Pelakon Lord of the Ring, Sir Ian Holm dilaporkan meninggal dunia pada usia 88 tahun, dipercayai berpunca daripada penyakit berkaitan Parkinson. Pengumuman pemergian aktor kelahiran London itu diumumkan ejennya, Jumaat yang lalu, lapor agensi.

“Dengan dukacitanya, kami mengesahkan pelakon, Sir Ian Holm CBE, sudah meninggal dunia pagi tadi (semalam) pada usia 88 tahun.

“Mendiang menghembuskan nafas terakhir dengan tenang di hospital di sisi keluarga dan penjaga,” kata ejennya, Alex Irwin.

Pelakon The Lord of the Rings, Elijah Wood yang memegang watak Frodo Baggins dalam filem itu, turut melayangkan mesej duka atas pemergian Holm yang disifatkan sebagai aktor bijak, melalui Twitter.

Ian bertapak di pentas teater sebelum muncul di layar perak. Mendiang pernah menerima trofi Pelakon Terbaik pada Anugerah Tony 1967 melalui pementasan, The Homecoming dengan memegang watak Lenny. Ian yang terkenal dengan Syarikat Royal Shaksepeare, pernah memenangi Anugerah Laurence Olivier Award bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik selepas memberi persembahan memukau dalam naskhah, King Lear pada 1998.

Ian pernah memenangi trofi British Academy Film Award (BAFTA) dan dicalonkan pada Anugerah Akademi untuk watak sebagai jurulatih Sam Mussabini dalam filem Chariots of Fire pada 1982.

Filem lain yang pernah dilakonkan adalah The Fifth Element, Alien, The Sweet Hereafter, Time Bandits, The Hobbit dan siri trilogi, The Lord of the Rings.

Sepanjang hidupnya, Ian berkahwin empat kali dan memiliki lima cahaya mata. – Berita Harian

Related posts

Kisah Persahabatan Antara Seorang Remaja & Robotnya Yang Rosak Dalam Trailer “Ron’s Gone Wrong”

Kakimuvee

Netflix Umum Tarikh Tayangan Filem Aksi-Thriller “Kate” Lakonan Mary Elizabeth Winstead

Kakimuvee

Bill Skarsgård Sertai “John Wick: Chapter 4”

Kakimuvee

Gambar BTS Terbaru “Indiana Jones 5” Memaparkan Kepulangan Semula Harrison Ford

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Akan Ditayangkan Pada 2023

Kakimuvee

Donnie Yen Sertai Barisan Pelakon “John Wick: Chapter 4”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating