Pelakon Lee Seo Won Mengaku Lakukan Serangan Seksual

86
views

Pelakon filem Man of Will, Lee Seo Won telah mengaku salah atas perbuatannya yang melakukan serangan seksual dan ugutan jenayah terhadap seorang seorang selebriti wanita awal tahun lalu. Menurut laporan dari Soompi, pelakon tersebut turut mengacukan senjata kepada selebriti tersebut.

Menurut penguam pelakon tersebut, insiden tersebut jelas apabula terdapat bukti DNA dalam kes yang berlaku.

“Kerana terdapat bukti DNA ditemui dalam kes ini dan kerana insiden ini berlaku, tiada ruang untuk memberikan alasan atau menafikannya.” 

Bagaimanapun peguam itu berkata defendan tidak dapat mengingati apa-apa mengenai insiden itu di mana ia telah terbukti apabila mangsa telah menyatakan Lee Seo Won tidak berada dalam keadaan waras (kerana mabuk).

Mahkamah kemudian meminta peguam itu mengesahkan pengakuan anak guamnya, di mana ia telah disahkan.

Pada masa sama. peguam itu merayu agar hukuman terhadap defenden dikurangkan berikutan ketika insiden berlaku dia berada dalam keadaan tidak waras.

Sumber: Cinema Online / Soompi