Berita

Pelakon & Krew Filem “The Eternals” Cemas Bom Dijumpai Di Lokasi Penggambaran

Views

Pelakon dan krew filem The Eternals terpaksa dipindahkan dari lokasi penggambaran yang terletak di Canary Islands, selepas menemui bom yang tidak meletup.

Menurut laporan dari media tempatan, Angelina Jolie, Richard Madden dan beberapa krew segera menghentikan penggambaran selepas mereka menemui bom, dan langkah keselamatan telah diambil dengan berpindah ke pulau berhampiran.

Pakar pemusnah bom tiba ditempat kejadian untuk menyahaktifkan bom tersebut. Bagaimanapun, pasukan produksi terpaksa menunggu sedikit lama kerana pihak keselamatan melakukan siasatan bagi memastikan tiada lagi bom di kawasan terbabit

Laporan media turut memetik, bahan letupan tersebut berkemungkinan besar adalah bom lama, peninggalan dari Perang Dunia Kedua dan bukannya ancaman keganasan.

“Tidak diketahui dengan tepat bila atau dimana bom tersebut telah dibuat, atau berapa lama telah berada dikawasan penggambaran. Tetapi pulau dimana lokasi penggambaran [The Eternals] berlangsung pernah digunakan oleh pasukan tentera Jerman sebagai pengkalan tentera semasa Perang Dunia Kedua”

Diarahkan oleh Chloe Zhao dan skrip oleh Matthew K. Firpo dan Ryan Firpo, The Eternals dibintangi Angelina Jolie, Richard Madden, Kumail Nanjiani, Lauren Ridloff, Brian Tyree Henry, Salma Hayek,  Lia McHugh, Ma Dong Seok , Gemma Chan, Barry Keoghan dan Kit Harrington.

BACA:  Episod Akhir The Gifted Bakal Saksikan Pertembungan Hebat Diantara Mutant & Sentinel Services

The Eternals akan menemui penonton pada 6 November 2020.

Sumber: The Sun, Soompi

Tinggalkan Balasan

shares