
Pelakon Song Yoo-Jung meninggal dunia pada usia 26 tahun.
Berita itu disahkan oleh agensinya, Sublime Artist Agency. Bagaimanapun, punca kematian tidak dinyatakan. Upacara pengebumian telah dijalankan pada tengah hari Isnin di Gangnam.
Song memulakan kariernya sebagai model jenama kosmetik sebelum bertukar ke bidang lakonan pada 2013.
Mendiang terkenal menerusi lakonannya dalam drama Make Your Wish, School 2017 dan Dear My Name, serta pernah membintangi muzik video kumpulan iKON untuk lagu “Goodbye Road,” Standing Egg’s “Friend to Lover,” dan NIve’s “How Do I.”
Song menandatangani kontrak bersama Sublime pada tahun 2019, yang juga mewakili ramai bintang lain seperti pelakon Parasite, Song Kang-ho dan penyanyi Jung Ji-hoon (atau Rain), sebagai persiapan dalam langkah seterusnya dalam bidang seni.
Sumber: Astro Awani