Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pelakon Korea Selatan, Oh In- hye Meninggal Dunia Selepas Ditemui Tidak Sedarkan Diri

Pelakon Korea Selatan, Oh In-hye ditemui meninggal dunia di rumahnya semalam. Perkara ini disahkan oleh seorang rakannya.

Saya berharap dia kuat ketika melalui masa kritikal, tapi dia tak sedarkan diri sehingga akhir dan jantungnya berhenti berfungsi,” kata wakil Oh In-hye.

Terdahulu, polis dimaklumkan Oh In-hye tidak sedarkan diri di rumah daripada seorang rakannya.

Kami mengesyaki dia cuba membunuh diri, tapi kami belum siasat orang-orang yang disyaki terbabit,” kata sumber ini.

Polis Incheon Yeonsu dan Jabatan Bomba berkata, Oh In-hye ditemui pengsan akibat masalah jantung sekitar jam 5 pagi di kediamannya di kawasan Songdo International Business District, Incheon.

Dia segera diberikan bantuan kecemasan sebelum dikejarkan ke hospital berdekatan. Pernafasan dan denyutan nadi pelakon berusia 36 tahun ini sempat dilaporkan stabil walaupun tidak sedarkan diri. Pihak polis mahu melakukan pemeriksaan selanjutnya apabila Oh In-hye kembali sedar.

Bagaimanapun seperti laporan Dispatch via Naver, Oh In-hye tidak berjaya melalui masa kritikal dan akhirnya meninggal dunia. Mayatnya akan dikebumikan secara tertutup di Inha University Hospital pada Rabu ini.

Oh In-hye memulakan kariernya di layar lebar pada 2011 menerusi filem Sin of a Family. Dia mula berlakon drama pada 2012 menerusi siri Horse Doctor dan The Return: Jwibulnori.

Dia juga pernah membintangi filem Red Vacance Black Wedding (2011), Eating, Talking, Faucking (2013), No Breathing (2013), Secret Travel (2013) dan The Plan (2014).

Sumber: Harian Metro

Related posts

“THE BEATLES: GET BACK” To Debut Exclusively On Disney+ Hotstar

Isqandar

HBO MAX’S FEATURE FILM NO SUDDEN MOVE PREMIERES JULY 1 EXCLUSIVELY ON HBO GO

Kakimuvee

Bintang ‘Mortal Kombat’, Hiroyuki Sanada Sertai ‘John Wick 4’

Kakimuvee

Snake Eyes: Paramount Lancar Video Teaser Setiap Karakter

Kakimuvee

Amazon Prime Video Lancar Trailer Terakhir “The Tomorrow War”

Kakimuvee

James Gunn Sahkan Durasi The Suicide Squad

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating